Monday, 9 January 2012

Kenali Modus Operandi Skim EMAS!


Assalamualaikum dan Salam Emas buat Semua!!!

Nota kalini berkisar tentang Modus Operandi SKIM EMAS. Ramai yang terjebak dengan SKIM EMAS ni sebenarnya… sebab tawaran yang diTAWARKAN agak LUMAYAN… J Ramai jugak yang customer kami yang bertanya pasal SKIM EMAS ni…

Jadi, untuk memudahkan anda dimasa akan datang… disini sedikit TIPS dan RUJUKAN untuk anda sendiri…. J

TIPS PERTAMA : GANJARAN BULANAN
·         Ganjaran Bulanan serendah 1.5% ke 10% dari nilai share EMAS setiap bulan. Bak kata Azizi Ali dalam bukunya MENCARI MAUT…. “Ganjaran yang diberikan itu hanyalah semata-mata UMPAN kepada mangsa-mangsa mereka. Jika seorang telah dibayar secara bulanan, maka beliau akan spread news secara percuma melalui mulut kepada kawan-kawannya tentang skim Ponzi ini. Dan beginilah mereka berkembang “
·         Ada juga syarikat SKIM EMAS yang MARK –UP harga emas lebih tinggi dari harga semasa FGJAM. Dengan makna lain… SKIM EMAS tersebut membayar dividen yang anda dapat bulanan itu dengan duit anda sendiri!! Tak percaya…. ? ni contoh calculation situasi tersebut…. 

Contoh situasi A:
Harga emas semasa FGJAM pada 12 August 2011.


Satu skim emas menjual emas 999 pada harga RM212 segram pada 12 August 2011.
Rujuk www.fgjam.org.my. Harga emas 999 pada ketika itu adalah RM201/gram.

Jom buat sedikit analisa….
  • Harga ditawarkan Skim Emas = RM212 segram
  • gold bar 50 gram = RM10,600
  • gold bar 100 gram = RM21,200
Cuba anda bandingkan dengan harga emas Public Gold, 100 gram pada hari ini 13 August 2011 (Sabtu) adalah:





Harga pada 13 August 2011                          

Untuk 100g gold bar 999
Harga Skim Emas  = RM21,200
Harga Public Gold = RM 18,310
Beza Harga            = RM 2,890

Bahagikan 6 bulan = RM 482 Sebulan

Jika kontrak anda dengan SKIM EMAS dapat 1.5% per month = RM318 (mmmm anda RUGI x?)

Cuba kita fikir secara LOGIC akal… kenapa BANK-BANK ternama di Malaysia ni tidak menyediakan sebarang SKIM yang MENGUNTUNGkan pihak mereka? MAYBANK… Bank yang besar pun tidak pula memberi duit bulanan walaupun anda membeli 1kg emas!  Kannnnn?????


TIPS KEDUA : TIADA SIJIL KETULENAN EMAS 
CONTOH : Sijil Ketulenan Emas Public Gold certified by Assayer bertauliah

  • Setiap ketulan emas 999.9 yang sebenar MESTI mempunyai SIJIL Ketulenan masing-masing. Ditandatangi oleh Assayer yang mengesahkan berat emas, ketulenan emas, width & length emas serta siapa Assayer (Pengesah Emas) tersebut. Bahasa ringkasnya… SURAT BERANAK emas tu la….  J
  • Kalau TIADA SIJIL KETULENAN… berkemungkinan anda BELI emas gold bar 999.9 tapi hakikatnya emas itu hanya berketulenan 850 atau 795 dah sebagainya.
TIPS KETIGA : MELIBATKAN KONTRAK
Kaedah pembelian EMAS sepatutnya MUDAH.. Locked HARGA yg anda setuju, bayar nilai yang dipersetujui dan dapat EMAS yang anda persetujui… (jgn lupa surat beranak mesti ada!).
Tapi kalau dah terlibat dengan kontrak… bukan la beli emas fizikal namanya… antara ciri2 kontrak:
  • Kes SKIM EMAS ada kontrak atau syarat yang mesti dipatuhi. Di antara janji-janji manis yang mereka tawarkan adalah seperti berikut, EMAS PELABURAN LOW RISK & JIKA RUGI ANDA DPT BALIK 90% dari modal anda!
  • Kebanyakan SKIM emas ini dengan tanpa persetujuan sebenar pelanggan mereka, terus meletak emas tadi di untuk tujuan dipajak. Setelah sekian-sekian waktu (ikut kontrak) baru dapat balik emas. (Duit pajakan AGENT SKIM akan ambil, sijil atau resit anda pegang atau vice versa. Check balik resit pajak gadai tadi, kalau bukan nama anda di resit PAJAKAN… anda TIDAK BOLEH ambil emas itu di institusi pajak gadai, sebab bukan nama anda di resit (owner emas). Kalaupun nama anda di RESIT pajakan… MAMPUkah anda menebus EMAS tersebut??
  • Satu lagi syarat kontrak yang mesti dipatuhi adalah anda hanya boleh jual balik emas tersebut selepas 6 bulan mengikut harga yang anda beli!
TIPS KE EMPAT: JAMINAN 90% WANG ANDA DIKEMBALIKAN!!
  • Jaminan 90% duit dikembalikan kalau ada kerugian atau apa-apa terjadi. Hurm… kalaula syarikat tu dah di COP sebagai PENIPU oleh pihak BANK NEGARA… for sure la mereka2 itu kan ditahan POLIS? So.. apekah nasib PELABURAN anda???
  • TETAPI, katalah ANDA dapat semula 90% daripada jumlah pelaburan anda. Pelaburan anda katalah RM10,000,  anda dapat pulangan wang hanya 90% iaitu RM9,000. Dah rugi RM1,000..
  • Nak tebus balik emas di tempat pajak gadai, memang melibatkan upah simpan.. Kalau 100 gram di Agrobank sebulan caj RM110.. Kalau dah dekat situ 10 bulan ANDA kena tambah lagi RM900. So, dah rugi RM2,000!!
  • TIADA SIJIL KETULENAN EMAS pulak! Tolak lg susut nilai sebab tiada sijil pengesahan ketulenan… Dah rugi lagi RM1,000. TOTAL RUGI dah jadik RM3,000!!
  • Even kalau ada sijil pun, anda tolak emas dekat kedai emas mereka akan beli 20-40% jauh lebih murah daripada nilai semasa. So bayangkan berapa besar kerugian anda tanggung..
  • Plus Emas anda tu TIDAK berketulenan 999.9.  Lagi HARU!!!!  (silap2 baki nilai emas tu tinggal RM3,000 jer!! FUSH!! RUGI giler!!!)

Nasihat Wang Sunnah kepada mereka yang mengalami symptom-simptom diatas… sila lah:

1. Check ketulenan emas anda
2. Hubungi Bank Negara & Syarikat Suruhanjaya Malaysia dan tanya tentang status company tersebut di email aduan@seccom.com.my & bnmtelelink@bnm.gov.my
3. Hubungi agent SKIM itu minta balik duit PELABURAN anda sebelum TERLAMBAT.
4. Adukan kepada Bank Negara serta nama dealer SKIM emas tersebut.

WANG SUNNAH = EMAS + PERAK. RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR. Menyandarkan setiap RM/sen kita kepada sinpanan EMAS/PERAK dan mempergunakan kemudahan PLATFORM sediada di seluruh Malaysia bagi memaksimumkan PROFIT /ASSET yang kita miliki TANPA MEMBEBANKAN kehidupan Seharian dan MENGHINDARKAN diri daripada RIBA’.
FIKIR-FIKIRKAN dan BERTINDAK lah SEKARANG!! Hubungi kami, Wang Sunnah untuk keterangan lanjut!

Pengasas Wang Sunnah;
016-6160951 Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
016-6160952 Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com

Public Gold EPP Scheme!!!

Beli Emas secara ansuran (EPP)

Assalamualaikum… dan Salam Emas buat Semua!
Rasanya masih tak terlambat untuk kami ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 buat SEMUA!!!

Terlalu sibuk dengan urusan persiapan dan kemasukan anak2 ke sekolah… lama sungguh x update blog.. lama sungguh x menulis NOTA…. J ok… nota kalini ialah mengenai Program EPP Public Gold  iaitu membeli emas secara ansuran…. 4 x Bayar!! Wow!!!!!

Bagi yang tak confident nak guna teknik Skill Cakar Ayam, atau Teknik Skill Superb Bling Bling! Yang kami pernah dedahkan… ni salah satu cara utk mendapatkan emas anda… dengan cara ansuran! J

Tudak dinafikan teknik Skill Cakar Ayam atau Teknik Skill Superb Bling Bling (beli emas > pajak >dapat duit>beli emas lagi)  memerlukan kepakaran dan disiplin. Salah langkah mungkin anda akan akan menanggung kerugian. Bagi yang tidak mahu remeh memikirkan naik turun emas, bila masa nak beli, bila pulak kena pajak, bila pulak nak beli balik dan bila pulak nak jual dan tebus balik emas tu…. Maka…. Beli emas cara ansuran adalah yang terbaik… kerana… Anda boleh control & penguasaan bagi emas fizikal yg anda miliki, emas di dalam pegangan anda adalah 100% dalam penguasaan anda maksudnya bila-bila anda nak jual terpulang kepada anda dan penjualannya tidak melibatkan proses yang rumit.
Bagi emas dalam pajakan: Bila anda nak TEBUS emas perlu settle pembayaran jumlah bayaran pinjaman + upah simpan atau anda perlu mencari buyer/pembeli untuk tebus emas di dalam ar-rahnu tersebut (jika anda x mampu nak bayar jumlah tebusan tersebut). Selain itu term and condition adalah bergantung kepada pihak bank – turun atau naik nilai marhun, tempoh tebus balik dan pelbagai lagi out of our own control. Terma dan syarat berubah bukan kita yang control.
Berbalik kepada cerita EPP. Apa itu EPP?? EPP ialah Easy Payment Plan di mana kita boleh membeli produk PG dengan membayar ansur-ansur selama 4 bulan. Caranya ialah:
  1. Anda tempah dengan dealer (Zailiya Binti Mohamad Yatim 016-6160951)  beritahu bayar emas secara EPP (bagi detail anda sekali, Nama, i/c no, alamat rumah, email add dan no telefon)
  2. Dealer akan order dengan Public Gold
  3. Buat bayaran pertama sebanyak 25% dari harga total selepas mendapat sales order (SO) dari Public Gold
  4. Bayar ansuran selama 4 bulan.
  5. Habis buat bayaran anda akan mendapat produk.
Semua produk Public Gold boleh dibeli secara EPP
  • Gold bar 10g, 20g,50g,100g dan 250g
  • Dinar  (1 , 5 dan 10 dinar )
  • Silver bar 100g, 250g, 500g dan 1kg
  • i-series Public Gold
  • D-Series Public Gold (Barang Kemas)
Kelebihan Membeli Emas guna EPP
  • Locked atau tempah EMAS anda pada harga semasa dengan dealer (Zailiya Binti Mohamad Yatim 016-6160951)
  • Buat bayaran pertama minima 25% dari harga total beserta caj admin fee 0.5% (bertujuan untuk allocate emas anda dari stok emas yang sedia ada).
  • Bayaran minimum 25% seterusnya pada bulan yang berikutnya sehinggalah cukup 4 bulan.
  • Habis buat bayaran selama 4 bulan baru anda akan mendapat produk. Jika bayaran PENUH dibuat awal – boleh collect stock cepat.
  • Turun atau naik harga emas tidak mempengaruhi harga yang anda lock.
  • Jika tak dapat habiskan bayaran/hendak batalkan pembelian anda akan dikenakan caj penalti.
Contoh PENGIRAAN EPP:

Katakan anda berhajat nak beli 20g dengan kaedah EPP
Harga 20g (PG Sell) saat ini RM3,615 (05 January 2012 10:35:41)

RM3,615 + RM10 (transportation fees) = RM 3,625

Admin Fees = RM 3,625 x 0.5% = RM 18.13
Monthly Payment = RM3,625 / 4 = RM 906.25

1st Month Payment   = RM924.38
2nd Month Payment  = RM906.25
3rd Month Payment  = RM 906.25
4th Month Payment  = RM 906.25
TOTAL Payment  = RM 3643.13


WANG SUNNAH = EMAS + PERAK. RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR. Menyandarkan setiap RM/sen kita kepada sinpanan EMAS/PERAK dan mempergunakan kemudahan PLATFORM sediada di seluruh Malaysia bagi memaksimumkan PROFIT /ASSET yang kita miliki TANPA MEMBEBANKAN kehidupan Seharian dan MENGHINDARKAN diri daripada RIBA’.
FIKIR-FIKIRKAN dan BERTINDAK lah SEKARANG!! Hubungi kami, Wang Sunnah untuk keterangan lanjut!

Pengasas Wang Sunnah;
016-6160951 Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
016-6160952 Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com
WANG SUNNAH = EMAS + PERAK. RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR. Menyandarkan setiap RM/sen kita kepada sinpanan EMAS/PERAK dan mempergunakan kemudahan PLATFORM sediada di seluruh Malaysia bagi memaksimumkan PROFIT /ASSET yang kita miliki TANPA MEMBEBANKAN kehidupan Seharian dan MENGHINDARKAN diri daripada RIBA’.
FIKIR-FIKIRKAN dan BERTINDAK lah SEKARANG!! Hubungi kami, Wang Sunnah untuk keterangan lanjut!

Pengasas Wang Sunnah;
016-6160951 Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
016-6160952 Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com

Friday, 9 December 2011

New group member lagik!!

Alhamdulillah! Wang Sunnah makin berkembang!

Memperkenalkan our NEW MEMBER...

Mohd Naim B. Ruslan
naemz85@gmail.com
0123917753/0195263116

Untuk yg berada bertdekatan kajang, bangi, putrajaya, cyberjaya... Dan kawasan yg berdekatan... Anda boleh juga berurusan jual beli emas dengan beliau.

Thursday, 8 December 2011

Bagaimana nak MULA MENYMPAN atau MELABUR EMAS?

Assalamualaikum….. Salam Emas buat Semua!!!

Seringkali persoalan ini diajukan kepada kami… Bagai mana nak MULA?  Ramai yang sudah menunjukkan minat untuk memiliki EMAS. KESEDARAN pentingnya menyimpan EMAS dah berkembang di JIWA saudara-saudara seISLAM… Alhamdulillah….!!! Tapi bagaimanakah hendak memulakan langkah???

Semua PELABURAN memerlukan MODAL. Jika MELIBATKAN EMAS, tentu dikotak fikiran anda… ianya memerlukan MODAL yang BESAR!!! Kan? Pepatah inggeris berbunyi… “A thousand JOURNEY begins with FIRST STEP!”

Jika anda tidak mempunyai modal yang BESAR, mulakan dengan membeli emas yang paling kecil… 1Dinar contohnya…. Harga sekeping sekitar RM780 (23.11.2011). Jangan tamak… mulakan dengan yang termampu dahulu… kemudian, PERCAYALAH…. AURA EMAS itu sendiri akan membuatkan ANDA lebih BERJIMAT CERMAT dan KEINGINAN menambah koleksi emas akan BERTAMBAH dari SEHARI ke SEHARI!! Dan pastinya anda akan start menjadi CELIK EMAS! 

Apakah itu CELIK EMAS?

Celik Emas

1.Mula sedar tentang emas-lalu membuat research mengenainya sama ada melalui forum-forum di internet,blog-blog,laman sosial atau bahan-bahan bacaan bercetak

2.Perasaan ingin tahu yang sangat kuat dan merasakan aura emas.

3.Merasa tidak sabar untuk memiliki emas,dan apabila memiliki emas,akan timbul perasaan teruja yang mendorong penyimpan emas.

4.Timbul kesedaran mengenai helah wang kertas dan berusaha untuk mencari lebih maklumat mengenainya.

5.Menyedari akan hakikat bahawa wang yang sebenar ialah dinar dan dirham. Bukannya CASH yg tidak menyimpan intrincit value.

6.Menggalakkan kawan dan sahabat handai serta sedara seislam untuk menukar tabungan CASH ke EMAS kerana emas kalis inflasi dan deflasi.

7.Mula menganggap menyedarkan dan menyebarkan maklumat tentang emas/perak adalah satu ibadah dan tanggungjawab sesama islam.

8. Kesedaran bahawa wang kertas penuh dengan riba,dan berusaha untuk menyimpan emas. penggunaan dinar dan dirham dapat mengelakkan dari riba secara terus menerus.

” Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya)”

9.Bertindak menjadi peniaga emas untuk memudahkan usaha untuk memperkenalkan emas kepada lebih ramai orang.Berniaga sambil beribadah juga dapat meningkatkan ekonomi orang Islam dari seorang umat kepada seorang umat yang lain.

Sabda Nabi SAW

“Peniaga yang benar dan jujur lagi beramanah,Allah SWT akan menempatkan mereka bersama para Nabi,Sidiqqin, dan para Shuhada”

-Riwayat At Tarmizi


Kami Amat Percaya… AURA EMAS akan menarik EMAS yang BANYAK. Bila anda memiliki emas… dan apabila anda didalam kategori CELIK EMAS... anda akan mula ‘alert’ dengan WORLD Market graph. Dari situ keinginan anda utk menambah koleksi emas dan berjimatcermat akan BERTAMBAH… saya berani kata demikian sebab…. Kebanyakan daripada pembeli saya telah berulang kali membeli EMAS dengan saya!! :D

Sifat manusia itu sendiri…. “jika kita memiliki Segunung Emas…. PASTI dia mahu SEGUNUNG EMAS lagi!!” kan???? Tetapi apa2 pun… jangan lupa keluarkan ZAKAT atas ketulan2 emas yang anda MILIKI!!!



WANG SUNNAH = EMAS + PERAK. RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR. Menyandarkan setiap RM/sen kita kepada sinpanan EMAS/PERAK dan mempergunakan kemudahan PLATFORM sediada di seluruh Malaysia bagi memaksimumkan PROFIT /ASSET yang kita miliki TANPA MEMBEBANKAN kehidupan Seharian dan MENGHINDARKAN diri daripada RIBA’.

FIKIR-FIKIRKAN dan BERTINDAK lah SEKARANG!! Hubungi kami, Wang Sunnah untuk keterangan lanjut!
 
Pengasas Wang Sunnah;
016-6160951 Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
016-6160952 Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com
Website: http://rahsiawangsunnah.blogspot.com

Wednesday, 7 December 2011

15 kelebihan MENYIMPAN / MELABUR EMAS FIZIKAL

1.     Sebagai SIMPANAN atau PELABURAN bagi jangkamasa SEDERHANA dan PANJANG.
2.    HALAL kerana mempunyai AKAD JUAL BELI EMAS yg dituntut ISLAM.
3.    Senang dicarikan (liquidity) dan berNILAI dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
4.    KESTABILAN harga EMAS di pasaran dunia dan tidak TERIKAT dengan INFLASI dan DEFLASI.
5.    Aset atau pelaburan yang MUDAH dan SENANG diuruskan. Tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual. (Simpanan yg dilupakan atau sekadar simpan dibawah bantal macam zaman nenek moyang kita).
6.    Tidak memerlukan pihak ketiga utk urusan jual beli. Pemilik emas boleh urus jual beli sendiri simpanan emas mereka pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
7.    Tiada Cukai yang dikenakan kecuali ZAKAT EMAS untuk yg beragama ISLAM.
8.    Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
9.    Pelaburan atau simpanan yang SELAMAT ketika keadaan ekonomi JATUH disebabkan peperangan, politik ataupun system ekonomi dunia jatuh.
10.  Boleh dipajak utk dapatkan TUNAI SEGERA tanpa terlibat dengan RIBA’ pada bila-bila masa dengan kadar upah yg rendah.
11.  Aset yang boleh diwarisi secara MUDAH tanpa perlu dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ke 3.
12.   Senang dibawa kemana-mana kerana mempunyai saiz yg kecil. (5g – 250g). ~ boleh juga dipakai sebagai barang kemas.
13.  Aset fizikal atau simpanan yang tidak boleh diBEKUkan walaupun diisytiharkan BANKRUP.
14.  Simpanan atau asset untuk masa depan keluarga. (Pembiayaan anak-anak ke universiti, menunaikan haji, memulakan perniagaan etc)
15.  Emas fizikal sebagai MODAL perniagaan, cagaran perniagaan atau ‘rolling’ perniagaan.


WANG SUNNAH = EMAS + PERAK. RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR. Menyandarkan setiap RM/sen kita kepada simpanan EMAS/PERAK dan mempergunakan kemudahan PLATFORM sediada di seluruh Malaysia bagi memaksimumkan PROFIT/ASSET yang kita Miliki TANPA MEMBEBANKAN kehidupan seharian dan MENGHINDARKAN diri daripada RIBA'.

Pengasas Wang Sunnah;
            016-6160951       Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
            016-6160952       Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com
Website: http://rahsiawangsunnah.blogspot.com 

Friday, 2 December 2011

INFO ZAKAT untuk EMAS dan PERAK.

INFO ZAKAT untuk EMAS DAN PERAK

Zakat Emas
 
Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
 
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
 
At- Taubah; ayat 34-35
 
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
 
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150
 
2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
 
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
 
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
                                         = 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
                                         = RM 192.9
 
 Sila rujuk Link : http://zakat.com.my/zakat-emas
 
 
 
Zakat PERAK
 
Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
Jongkong perak
Matawang perak
Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
Barang perhiasan/barang kemas perak
Nisab dan kadar zakat perak
 
Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.
 
Dalil zakat perak
 
Sabda Rasulullah SAW
Maksudnya:
"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)". (Riwayat Muslim)
Maksudnya:
 
"Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari )
 
 
Contoh pengiraan zakat perak
 
Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%
Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)
 
Kadar zakat = 2.5%
* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62
Zakat =  1,000 gm x 0.62 x2.5%
          =  15.50
 
Sila rujuk Link : http://zakat.com.my/zakat-perak


WANG SUNNAH = EMAS + PERAK. RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR. Menyandarkan setiap RM/sen kita kepada simpanan EMAS/PERAK dan mempergunakan kemudahan PLATFORM sediada di seluruh Malaysia bagi memaksimumkan PROFIT/ASSET yang kita Miliki TANPA MEMBEBANKAN kehidupan seharian dan MENGHINDARKAN diri daripada RIBA'.

Pengasas Wang Sunnah;
            016-6160951       Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
            016-6160952       Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com
Website: http://rahsiawangsunnah.blogspot.com