Assalamualaikum…. dan
salam EMAS buat semua….
Topic kali ni saya ketengahkan untuk info semua yang baru
nak start ‘main’ emas. Macam mana nak menguji ketulenan emas.
Antara kaedah yang digunakan di Arrahnu-arrahnu di Malaysia adalah
Density Test.
UJIAN KETUMPATAN
Pernah lihat alat ini? Selalunya kat Arrahnu mmg ada la…
alat ini menguji ketumpatan emas tersebut.
Ketumpatan emas asli adalah 19.32
g/cm².
Info pengiraan ketumpatan secara manual:
·
Emas 916 : 19.32 x (91.6/100) = 17.69 gram/cm²
·
Emas 850 : 19.32 x (85.0/100) = 16.42 gram/cm²
Walaubagaimanapun.. ujian ketumpatan ini tidak sesuai untuk
barangan perhiasan kerana terdapat banyak ralat yang mengganggu bacaan,
contohnya:
1.
Air dlm mesin ketumpatan kotor
2.
Ruang angin diantara permukaan emas dan air.
3.
Barang kemas tidak padu
4.
Corak barang kemas yang pelbagai.
UJIAN ASID
Menggunakan apparatus
Asid Hidroklorik, asid nitric & Batu hitam.
Kaedah ini sangat sesuai untuk menentukan ketulenan emas
dalam bentuk barang kemas perhiasan.
Reaksi Emas terhadap asid nitric dan asid hiroklorik akan
membantu bagi menentukan ketulenan emas yang diuji. Emas sebenar tidak terjejas
atau tisak membentuk tindakbalas dengan kedua2 asid tersebut. Kebanyakan logam
campuran emas yang digambarkan sebagai EMAS akan bertindak balas dengan asid2
tersebut manakala EMAS sebenar tidak bertindakbalas dengan asid.
Oleh sebab itu Ujian asid adalah ujian yang baik untuk
menguji ketulenan emas tetapi kelemahan ujian asid ialah ianya hanya dapat
menguji permukaan emas tersebut
ujian ini tidak sesuai untuk Gold Bar.
UJIAN MAGNET
Kaedah ini adalah kaedah yang paling senang kerana Emas
tulen tidak aka nada TARIKAN KUASA MAGNET.
UJIAN FIZIKAL
Biasanya mereka yang telah lama berpengalaman dalam bidang
emas dapat menentukan ketulenan emas dengan hanya mata kasar bersadarkan cop
pada emas, warna, berat dan kelembutan emas tersebut.
Sekian untuk info kalini, bagi sesiapa yang pertama kali masuk arrahnu, menggadaikan barang kemas 916, jangan terkejut jika emas anda tidak dapat ketulenan 916 jika diuji dengan alat ujian ketumpatan. Mungkin akan dapat ketulenan 875 atau 835. Jika tidak berpuas hati, mintalah pegawai arrahnu tersebut membuat Asid test untuk menentukan ketulenan barang kemas anda. :)
Semoga info ini dapat dimanfaatkan buat semua....
Nak beli emas MURAH? Nak mulakan Pelaburan EMAS anda?
Jangan malu2, boleh contact Wang Sunnah;
0166160952 Shah Zubir
0166160951 Zailiya Yatim
No comments:
Post a Comment