Monday 26 November 2012

Wang Sunnah & Bidang Perniagaan Baru






Assalamualaikum....

Alhamdulillah... Syukur... Wang Sunnah menapak selangkah lagi kehadapan dengan menceburi bidang baru... JUAL BELI EMAS LAMA, ROSAK, TERPAKAI dan BELI SURAT PAJAK yang tercekik dalam ARRAHNU bermula November 2012.

Wang Sunnah juga telah mempunyai wakil di Manjong... untuk urusan tersebut di sana...

Seterusnya... doakan WANG SUNNAH dapat membuka kedai emas sendiri... INSYA ALLAH... Semoga Allah Memudahkan segala urusan... Aamiin...

Jadi... kepada yang nak trade in emas lama, nak tukar design barang kemas baru... TERCEKIK kat arrahnu, sempit POKET mahupun kat bank dah xde RM... tapi ade emas nak dijual... bolehla SMS/CALL/WhatsApp/Viber Wang Sunnah.. utk perbincangan harga terbaik GERENTI puas hati... Insya Allah...

Marzlishah Zubir 0166160952
Zailiya Yatim 0166160951


Monday 12 November 2012

KEMPEN MENABUNG EMAS 2g SEBULAN


Assalamualaikum... Salam EMAS buat semua...

Entry kali ni kami nak berkempen... mengajak anda menabung 2g emas setiap bulan untuk keluarga tercinta! Kenapa??

  1. Sebagai SIMPANAN atau PELABURAN bagi jangkamasa SEDERHANA dan PANJANG.
  2. HALAL kerana mempunyai AKAD JUAL BELI EMAS yg dituntut ISLAM.
  3. Senang dicarikan (liquidity) dan berNILAI dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
  4. KESTABILAN harga EMAS di pasaran dunia dan tidak TERIKAT dengan INFLASI dan DEFLASI.
  5. Aset atau pelaburan yang MUDAH dan SENANG diuruskan. Tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual. (Simpanan yg dilupakan atau sekadar simpan dibawah bantal macam zaman nenek moyang kita).
  6. Tidak memerlukan pihak ketiga utk urusan jual beli. Pemilik emas boleh urus jual beli sendiri simpanan emas mereka pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
  7. Tiada Cukai yang dikenakan kecuali ZAKAT EMAS untuk yg beragama ISLAM.
  8. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
  9. Pelaburan atau simpanan yang SELAMAT ketika keadaan ekonomi JATUH disebabkan peperangan, politik ataupun system ekonomi dunia jatuh.
  10. Boleh dipajak utk dapatkan TUNAI SEGERA tanpa terlibat dengan RIBA’ pada bila-bila masa dengan kadar upah yg rendah.
  11. Aset yang boleh diwarisi secara MUDAH tanpa perlu dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ke 3.
  12. Senang dibawa kemana-mana kerana mempunyai saiz yg kecil. (5g – 250g). ~ boleh juga dipakai sebagai barang kemas.
  13. Aset fizikal atau simpanan yang tidak boleh diBEKUkan walaupun diisytiharkan BANKRUP.
  14. Simpanan atau asset untuk masa depan keluarga. (Pembiayaan anak-anak ke universiti, menunaikan haji, memulakan perniagaan etc)
  15. Emas fizikal sebagai MODAL perniagaan, cagaran perniagaan atau ‘rolling’ perniagaan.

So... 2g?? Pasti tertanya2 ape produk sekecil 2gram yg anda boleh dapat di pasaran? Haaaa... ni dia....!! Cincin Belah Rotan...


 
Nampak kecik... 2g aje... tapi nilainya besor... harga utk harini (31/5/2011) RM165.90 per gram.. maka 2 gram = RM331.80. Bagi keluarga yg mempunyai jumlah pendapatan bersama RM3500 sebulan.. umpama menabung 10% lor! Tapi kami percaya... INCOME anda semua MELEBIHI estimation kami....! kan......? kan?kan?

Perlu di ingat... NILAI emas semakin meningkat.... x percaya... rujuk kitco.com. mari kita kira sama2...


 
1 Mei 2007 harga emas USD 672.90/ounce troy
1 Mei 2012 harga emas USD 1659.80 /ounce troy


Kenaikan 146% selama 5 tahun.
Purata kenaikan setahun ialah 29%.

Lagi 1 simple calculation...

Katakan anak sulung anda berusia 6 tahun.
Masuk universiti umur 18 tahun.
Maknanya anda ade 12 tahun lagi utk menabung bagi keperluan anak anda masuk univesiti.

Jom kita kira jika kita menabung minimum 2g per month bermula 1 januari 2012.

1 tahun simpanan = 2g x 12 bulan
                             = 24 gram setahun

12 tahun simpanan = 12 tahun x 24 gram
                               = 288 gram

Mengikut rekod 2007 hingga 2012.. purata kenaikan emas adalah 29%


 
Maka kalau kita mempunyai 288gram emas pada 2023 iaitu 12 tahun dari sekarang...
Nilainya telah mencecah RM2731/gram!!!

1 gram = RM2731
288 gram = RM786,528

WOW!!!!!!!

Agak-agak anda... RM 0.7Million yg anda miliki pada masa itu... adakah cukup untuk menampung kos sara hidup dan fees anak anda di universiti? Perlukah anak anda meminjam PTPTN yg membebankan itu?? Rasenya dengan nilai itu.. 6 org anak pun lepas untuk kos pendidikan tinggi mereka... kan?kan?kan? (kalau kerajaan bagi PENDIDIKAN TINGGI PERCUMA.. anda bole la simpan EMAS tu untuk hari tua ANDA! X perlu lah anda nak bekerja hingga ke hembusan nafas yg terakhir! Kan...........?)

Maka dengan ini... kami MENYERU anda semua supaya tukarkan WANG FIAT anda yg tiada bernilai itu kepada EMAS yg menimpan NILAI kekayaan SEBENAR...

Nak LOCKED emas?? Jangan segan... CALL/SMS/PM terus kami...

0166160951 Zailiya Yatim (WhatsApp & Viber)
0166160952 Marzlishah Zubir (WhatsApp & Viber)

FB: Wang Sunnah
Email: empayar_mz@yahoo.com

Sunday 4 November 2012

Bagaimana Nak BEBAS HUTANG dalam masa yg SINGKAT?

-->
Assalamualaikum dan salam EMAS buat semua….
Tajuk kalini macam ade skim pulak kan?? LUPAKAN!!! Tiada jalan pintas dalam KEHIDUPAN ni… jangan la mengimpikan SKIM CEPAT KAYA… DURIAN RUNTUH ker… ni Cuma nota ringkas untuk buka minda org-org muda sekarang…
CONVERT dari KUMPUL HUTANG ke KUMPUL ASSET…


-->
Ok.. bagaimana cara untuk bebas hutang dalam masa yg singkat?
Kebanyakan anak-anak muda yang baru GRAD ni pastinya diHIMPIT dengan HUTANG belajar… terutama sekali PTPTN… kan? Dengan Gaji permulaan yang Kecil atas alasan tiada pengalaman… Graduan-graduan dihimpit dengan HUTANG dan KOS SARA DIRI yang memBEBANkan… Bagi yang PANDAI merancang PERBELANJAAN pastinya tiada masalah…
‘Berbelanja Kurang daripada PENDAPATAN’. Tidak dinafikan… RAMAI yang tidak boleh menepati peraturan ringkas ni… kan…???
Dipendekkan cerita… kita tengok bagaimana EMAS dapat membantu perjalanan kewangan anda.
Katalah anda berumur 21 tahun, graduan Degree.
Dan mula bekerja dengan gaji pokok RM1800 + elaun tetap RM500 = gaji bersih RM2050 (dah tolak kwsp 11%).


Mari kita buat pecahan untuk pendapatan:


PTPTN RM150                    
Kete Viva RM400      
Sewa Bilik RM150
Minyak toll RM300
Makan RM300
Enjoy RM200
Baki RM550

Ok maksudnya ada lebihan RM550.          

Katalah dengan gaji bersih RM2050 anda mampu mendapat LOAN peribadi RM20k dengan kadar faedah 11% setahun selama 60 bulan. Bayaran Bulanan LOAN = RM516.


Ada juga yg persoalkan tentang RM Emergency. Sebab semua gaji kita telah digunakan. MINGKIN ANDA LUPA yang ditangan anda ada 118 GRAM Emas yang anda BELI dari Loan peribadi tu. Jadik, jika terdesak… pergi la ke ARRAHNU… ape yg susah?


Setiap tahun pastinya ada kenaikan gaji dan kalau tiada pun… jika bertukar tempat kerja pastinya akan ade lebihan gaji dari tempat terdahulu kan… ikat perut bukannya lama.. 5 tahun aje… selepas itu anda sudah bebas hutang… 

Kalau anda rasa 5 tahun tu lama… sampai tahun ke 4, anda jual semua ASSET anda.. anda dapat RM52k. 

Buat Full Settlement Loan… [RM31,000- RM25,000(yg dah byr selama 4thn) = RM6,000].
Maka RM52k – RM6k (Full settlement) = RM46k
Maka dengan 49k tu anda nak buat full settlement bagi PTPTN/loan belajar = RM16k
 
Jadik ade CASH RM20k. (mungkin boleh digunakan untuk kos perkahwinan atau downpayment beli RUMAH).


Haaa kan??? 

So… merana setakat 4-5 Tahun jer… lepastu anda boleh enjoy dengan duit gaji yang ada… PRINSIP ‘HIDUP BIAR BESEDERHANA’ tu perlu dikekalkan… Insya Allah…

Kereta Merc/BMW menjalar kat umah x semestinya anda KAYA... berbelanja kat boutique2 x semestinya anda KAYA... berpakaian UP TO DATE / BRANDED pun x semestinya anda KAYA... tu semua cuma 'simbol' material kpd kekayaan... kekayaan sebenar ialah bila anda BEBAS HUTANG dan mampu membeli ape sahaja yg anda mahukan dengan duit lebihan / Tunai... ~~~ sekadar pendapat admin sahaja... tepuk dada tanya iman... :))

Semoga Nota ni dapat manfaat kepada kehidupan anda…
Nak BELI EMAS MURAH? Masih BLURRR dan perlukan pencerahan lagi???


Jangan Malu-malu… CALL/SMS/PM jer Wang Sunnah
0166160952 Marzlishah Zubir
0166160951 Zailiya Yatim
FB: Wang Sunnah
Website :www.wangsunnah.com.my