Sunday 31 July 2011

Alhamdulillah, syukur Ya Allah...

 Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Mengasihani....

Assalamualaikum WBT... Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kehadrat Allah Taala, akhirnya terbina juga blog Wang Sunnah ini. Atas segala pengalaman, ilmu (yang tak seberapa ini) dan jerih perih yang telah kami lalui bersama, rasanya adalah baik jika kami kongsi segala ilmu dan informasi yang telah kami perolehi semasa dalam proses pembelajaran kami mengenai emas dan kelebihan menyimpan emas dengan semua individu terutama sekali yang beragama Islam. InsyaAllah....

Wang Sunnah secara rasmi ditubuhkan oleh sepasang hamba Allah iaitu saya, Marzlishah Bin Zubir @ Omar bersama isteri saya, Zailiya Binti Mohamad Yatim pada 1 Januari 2011. Objektif utama Wang Sunnah ini adalah untuk menyampaikan informasi dan cara-cara untuk memanipulasikan bagi menjana simpanan maksimum dan ianya dilahirkan adalah kerana atas kesedaran kami tentang kelebihan menyimpan emas sebagai simpanan utama kami untuk masa hadapan. Setelah sekian lama kami mencari jalan penyelesaian untuk masalah kewangan yang kami hadapi, akhirnya kami terjumpa sepotong hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal yang berbunyi,

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal.

Maka selepas itu, bermulalah pengajian kami tentang emas ini. Dalam beberapa bulan sebelum ini, agak banyak juga info yang telah kami ketahui dan dengan sedikit ilmu yang dikurniakan Allah ini, dapat juga kami hasilkan beberapa formula bagaimana kita boleh memanipulasi emas dalam kehidupan kita seharian. Mmmmm... Menarik tu!

Sebenarnya, kami agak pelik kenapa semua individu yang kami jumpa tidak tahu betapa 'power' nye emas ni. Mereka tahu menyimpan emas memang menguntungkan! Tapi mereka masih enggan untuk menyimpan emas. Oleh sebab itu lah, timbul idea dari kami untuk bersama-sama kongsi tentang mengapa kita perlu menyimpan emas. Bukan lagi wang atau RM sebagai simpanan unggul. InsyaAllah, dalam post seterusnya, kami akan siarkan video ceramah oleh Syeikh Imran Hussein yang bertajuk Islam dan Sistem Kewangan Antarabangsa. Dari video itu, boleh lah saudara saudari mengambil kesimpulan perlukah kita menyimpan wang atau beralih kepada EMAS!

Akhir kata, kami berharap, segala info dan tips-tips dalam blog kami ini dapat mengubah kehidupan anda supaya menjadi lebih proaktif dan terjamin. Ingin saya nyatakan bahawa Wang Sunnah bukan lah menganjurkan apa-apa skim cepat kaya atau pelaburan atau yang seangkatan dengannya. Cuma ingin berkongsi ilmu dan info tentang emas. Setelah memabaca blog kami ini, terpulang kepada saudara saudari untuk membuat keputusan. Tepuk dada, tanya iman... Sekian, Wassalam....

Pengasas Wang Sunnah; 
016-6160951 Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
016-6160952 Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com
Facebook: Wang Sunnah

Saturday 30 July 2011

Currency VS GOLD

Currency VS GOLD



GOLD VS USD

Agak2 anda.. ape yg anda bole simpulkan setelah membaca keratan akhbar dan carta GOLD VS Dollar ini?

Mudah... MATAWANG bole di cetak bila2 dan seberapa banyak yg boleh... jika MATAWANG dicetak, INFLASI akan MENINGKAT, maka permintaan GOLD dan SILVER Meningkat!

SIFAT ASSET itu sendiri... LIMITED, HIGH DEMAND = HIGH VALUE!.

Contoh: Tanah (hartanah). anda ada sebidang tanah. tanah memunyai sifat 'limited' xkan bertambah... tapi permintaan terhadap tanah (pembeli utk memiliki tanah) makin tinggi, MAKA harganya akan melambung!! :)
Harini ada 1 dunia... esok lusa... dan seterusnya masih TETAP 1 dunia.. so, org yg kongsi dunia makin ramai.... camtu la bahasa MUDAHnya....

"Jika anda BERFIKIR 3 tahun KEBELAKANG pasti anda tahu jalan ceritanya.. tapi kalau anda mahu berpikir bagaimana hidup 3 tahun yang AKAN DATANG.. anda sendirilah yang MERENCANAKAN agar lebih baik dari 3 tahun sebelumnya..jadi bertindaklah dr skrg utk masa depan....jadikan yg lepas sebagai muka surat belakang bg perubahan tuk kejayaan ms depan...."

Harga EMAS berada pada paras tertinggi! Nak beli ke tak!?

Semasa harga EMAS berada pada paras TERTINGGI skang dan kenaikan harganya terus naik tanpa ada gangguan, ada satu persoalan yang siang malam dok asyik berlegar dalam kepala otak saya ni. “Nak kene beli ke EMAS skang ni? Harga tengah maksimum ni!”

Huh! Kalo Tanya orang yang tak pandai main saham, hartanah hatta orang yang tak pernah beli EMAS atau beli saham/hartanah skali pun, ini jawapannya! “Ko gila ke bang…? Harga tengah peak tu… Sekali dia turun, tergolekzzz kite…”. Senang cite, takde sape nak beli pada paras harga yang tertinggi! Sume nak tunggu harga ‘flooring’ dulu baru nak beli. Dengan harapan, harga naik, ada untung! Ok, skang saya cite serba sedikit, apa yang saya paham tentang nak beli EMAS ni. Kita kongsi naa… Sharing is caring…

Dolar Amerika Syarikat (USD), telah memecahkan rekod nye sendiri skang ni apabila berada diparas yang terendah berbanding dengan matawang lain seperti Swiss Franc, Dolar Australia dan Dolar Singapura. Mana-mana matawang kini yang berada pada paras yang agak kukuh berbanding USD dilihat oleh pelabur sebagai tempat yang paling selamat. Skang, satu dunia tahu dan sedar yang Amerika skang dah takleh nak bayar hutang kerajaan nya sendiri….

Kerajaan Amerika Syarikat sebenarnya telah lama mempunyai masalah dalam melunaskan hutangnya sendiri dan buktinya dapat dilihat dengan jelas jika kita mengkaji sejarah ekonomi negara ni. Tetapi, hanya bebaru ni, setelah impaknya begitu hebat, rakyatnya sedar yang negara nya skang tengah menghadapi masalah hutang ni. Kerana sebelum ni, pihak White House dapat menyorokkan masalah itu dengan mencanang pelan tindakan yang kononnya dapat memulihkan ekonomi negara itu pada rakyat nya sendiri. Kesian… Kene tipu hidup-hidup….

Di Eropah, keadaan skang dikatakan lebih teruk. Perkara ‘default’ ini telah dibincangkan secara terbuka oleh ‘Policymaker’ di Greece. Ini menyebabkan institusi-institusi kewangan besar di Greece, sedang sibuk dengan ‘back up’ plan mereka.

Kerajaan-kerajaan ini tidak lagi dapat menyembunyikan masalah-masalah ini dari perhatian rakyat! Oleh kerana itu, keyakinan rakyat kepada pemimpin-pemimpin mereka semakin pudar!

Oleh kerana kurang keyakinan mereka terhadap Dolar dan Euro, mereka beralih arah mencari alternative lain (matawang lain yang masih stabil contohnya) sebagai ‘port’ yang baru. Institusi-institusi kewangan dan pelabur membekukan trillion dolar (atau membiarkan duit mereka berlegar dipasaran terhad) dalam sistem mereka sendiri. Dalam masa ini, mereka tidak berani membuat sebarang perdagangan gara-gara scenario yang dialami oleh 2 negara terbesar ini. Dan ini menyebabkan nilai matawang-matawang kecil melonjak naik!

Disebabkan aliran modal yang lebih banyak disalurkan kepada matawang yang lebih kecil, matawang-matawang ini menjadi lebih stabil berbanding Dolar dan Euro. Sebagai contoh, Swiss Franc mempunyai permintaan yang lebih tinggi berbanding USD yang mempunyai lebih lambakan didalam pasaran. So, kalo DEMAND tinggi, harga pun tinggi la! Demand rendah, harga murah lor….

Jadi, apabila USD menjadi lemah, harga EMAS akan melonjak naik! Ini disebabkan harga EMAS berlawanan dengan nilai USD. Ditambah pula kemelut DEBT CRISIS mereka (USA & EUROPE) belum selesai, kita boleh jangkakan yang harga emas akan maintain naik dalam jangka masa panjang!

Jadi, dari membiarkan wang-wang mereka terus berlegar tanpa arah tujuan, institusi-institusi kewangan ini membeli EMAS kerana mereka melihat EMAS sebagai satu medium yang dapat melindungi nilai wang-wang mereka itu. EMAS bagi mereka bebas dari sebarang spekulasi dan yang pastinya lebih bernilai! Yang lebih penting, EMAS bebas dari sebarang manipulasi politik!

Pada masa sekarang, walaupun Swiss Franc berada di tahap yang kukuh, ia masih lagi mempunyai sekatan dalam nilai nya. Pada masa yang sama, Swiss International Bank akan mengenakan kawalan modal bagi mengekang kenaikan matawang mereka. Harga-harga komoditi lain akan dikawal selia bagi tujuan yang sama.

Tetapi tidak bagi EMAS! Jika EMAS naik kepada USD 2000-USD 3000 per ounce pun, takde sapa yang bising. Tiada sekatan! Malah dibiarkan je dia naik. Kenaikan harga emas ini juga boleh memalukan bank-bank pusat tetapi ia bukanlah satu isu yang hangat! Secara logiknya, ada orang marah kalo harga emas yang mereka miliki baik?

Walaupun ada diantara mereka cuba untuk mengawal harga EMAS, saya yakin bahawa perdagangan EMAS akan terus berkembang maju di seluruh dunia terutama di Asia dan Timur Tengah.

Jadi, dari kita masih dibelenggu persoalan “Adakah ini masa yang sesuai untuk aku memiliki EMAS?”, baik kita tanya pada diri sendiri, “Adakah kerajaan yang seperti Amerika Syarikat ataupun Malaysia sendiri yang penuh dengan korupsi dan boleh dilabelkan sebagai KERAJAAN BANGKRAP mampu membangkitkan keyakinan rakyat mereka sendiri pada tahap 100% atau lebih ATAU keyakinan rakyat itu sendiri akan terus hakis dan terhakis sepanjang zaman?

Jika pilihan anda lebih cenderung pada persoalan kedua, anda boleh yakin bahawa lebih banyak wang akan mengalir ke dalam emas dan harga EMAS akan terus naik!

Ya, memang aka nada turun naik harga. Contohnya apa yang berlaku sekarang. Sekiranya OBAMA mampu menyakinkan pihak Republican dan Demokrat untuk naik kan kadar hutang Negara, wajib akan ada “correction”. Tetapi pada masa akan datang, tentu akan berlaku perkara-perkara seperti ‘debt downgrades’, ‘budget battles’, ‘government shutdown’, ‘asset  seizures’ etc. Setiap “correction” akan member impak kecil pada garis trend menaik harga EMAS pada jangka masa panjang.

Dan akhir kata dari saya “And in case you’re still worried that you’d be a sucker to buy gold at $1600, consider that, if you don’t, in three years you’ll probably feel like a sucker for not buying gold at $1600 when you still had the chance”.


Buka minda! Kembali kepada Al Quran dan Sunnah!

Assalamualaikum.... Nota ni saya buat bagi membuka minda semua org secara amnya dan org Islam secara khususnya... Dengan harapan, nota ini dapat membuatkan hidup kita kembali berbalik kepada Al quran dan Sunnah (sedikit sebanyak).

Selalu sgt kita dengar org merungut... 'xde duit... ' or takpun... 'duit x cukup...’. Adakah itu sebenarnya masalah kita? Ataupun kita tak pasti ape sebenarnya masalah kita? Sedar tak, masalah kita sebenarnya adalah terlalu banyak 'LAMBAKAN MATAWANG' di pasaran yang menjadikkan RM yg kita miliki skang ni xde intrinsic value.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : 'akan tiba satu zaman dimana tiada apa yg tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham' (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.)

Contoh paling senang la... Pada zaman Rasulullah dulu, baginda membeli seekor kambing dengan harga 1 Dinar, dan sehingga kini... 1 dinar masih boleh membeli seekor kambing! Cube kita ada RM700 skarang... 5 tahun lg belom tentu dapat sekor kambing.. Suku kambing pun belom tentu! Sebab matawang akan mengalami inflasi ataupun susut nilai... Secara logik... Bila demand bertambah... Permintaan terhadap RM bertambah... Maka nilai RM tu akan berkurangan. Maka RM tergolong dalam 'liabiliti'.

Ape berbezaan Matawang dengan Wang?

MATAWANG:

-Currency
-Tunai adalah Matawang, iaitu medium pertukaran yang digunakan untuk urusan pembelian sesuatu yang mempunyai nilai (ASSET).
- Tidak menyimpan nilai sebenar wang. Cth: adakah sekeping duit RM1000 mempunyai nilai kertas RM1000? Bukan ke material yg sama digunakan utk nota RM1, RM 5, RM10 dll?
-Boleh di cetak sebanyak mungkin, based on demand. (secara logic, demand tinggi maka nilai akan berkurangan)

WANG :

-Menyimpan nilai matawang tersebut
-Asset yg menjana nilai matawang. (Pendapatan pasif)
-Bekerja utk kita. Waktu tido pun kenaikan nilai wang bole berlaku. Contoh: Beli emas (asset) dan simpan sebagai simpanan yg dilupakan.. setiap hari nilainya bertambah tanpa kita perlu bekerja utk penambahan nilai emas itu. Kecuali nak tambah koleksi emas lor! J

“Jadilah TUAN kepada wang anda, dan bukannya wang yang menjadi TUAN kepada anda!!”

Camner kita nak jadik TUAN kepada WANG kita? Jom tgk contoh proposal saya! Dan nilai sendiri dengan data dan bukti yg diberi! :) Ok! Mari kita tengok carta emas bagi 10 tahun yg lepas… Camne agak nya prestasi EMAS?

carta 1: Prestasi EMAS utk 10 tahun

Merujuk carta 1, ape agaknya yg bermain dalam minda anda? Harga emas makin naik kan? Kalaula… Si POLAN  memberi alasan "Ko takpe la beli emas… Ko banyak duit! Aku x cukup duit!" Agak2 anda la…. Bile la si POLAN tu dapat membeli emas? Of course sampai bile pun x dapat beli kan? Why? Sebab dia focus kepada MASALAH x cukup duit dia tu! SEPATUTNYA dia focus kepada CARA utk MENGATASI masalah dia tu… Conversation sepatutnya… Si Polan “Banyak ko beli emas? CAMNER caranya aku nak MEMILIKI emas macam ko? Camner perlu aku usaha utk memiliki emas?” Kannnnnnnn? TIPS pertama… THINK POSITIF lor!!! TAK TAHU belajar la ngan ORG YG PAKAR! Jgn MALU!

Ok mari kita analisa carta (macam zaman buat karangan masa SPM plak rasenya!) Hahahahaha……

Tarikh               Harga emas USD/ounce
Julai 2001         300
Julai 2011         1600
________________________
10 tahun           1300 (kenaikan)

= 1300/300 x 100
= 433% kenaikan harga emas selama 10 tahun.

Katala, si A telah membuat pembelian emas pada Julai 2001 bernilai RM100k.
Agak2 anda la… Selepas 10 tahun emas yg di simpan tu menjadi brape agaknya nilainya? Cuba kita darabkan… RM100k X 433% = RM433,333.

Cer kita kira KWSP kita selama 30 thn bekerja dengan gaji syiling RM3000 / month dan potongan epf 11%/month.

Caruman pekerja:
= 11/100 x 3000 = 330
= 30 thn x 12 = 360 bulan
= 330 x 360 = RM118,800

Katalah caruman majikan menjadikan nilai RM118,800 digandakan menjadikan jumlah KWSP anda ialah RM237,600.

Nampak tak perbezaannya? Menyimpan emas selama 10 tahun dah bole dapat LEBIH daripada nilai KWSP yg anda simpan selama anda bekerja utk 30 tahun! So, anda yg bijak pandai… Pilihla… Nak bekerja utk WANG ker, Wang bekerja utk KITA?

agak2nya kalo purata kenaikan emas utk lagi 20 tahun akan datang MAINTAIN 433% per 10 years...... berapa agaknya nilai EMAS yg kita beli sebanyak RM100k pada 2001 tu yek?? jom kita kira!!!

RM100k x 433% x 3 = RM1,299,000.

Peeeaaarrrggghhhh! KWSP nyer duit utk 30thn simpanan pun x sampai RM300k. kalo simpan emas.. by the time anda BERSARA, anda dah pun jadik JUTAWAN....!!!!

so, anda yg BIJAK PANDAI... pilih la... nak simpan EMAS atau RM?
Erkkk? Ape? GILA?!!??? Mana nak dapat RM100k?!?? Hahahaha… Ni la yang kita panggil teknik OPM (Other people moneys)! Tahukah anda? Terdapat 2 jenis HUTANG?

  1. HUTANG yg membuatkan anda lebih MISKIN
  2. HUTANG yg membuatkan anda lebih KAYA

Pilih 1 atau 2? Mesti semua org akan pilih no 2 kan? Camner nak buat hutang yg membolehkan korang jadik KAYA? Haaaa……. Baca nota saya sebelom ini…

“Berbaloikah Berhutang guna personal loan dan membeli EMAS?”
 https://www.facebook.com/home.php#!/note.php?note_id=113487738727649

Sampai sini saja nota saya utk kali ini… Moga dapat dimanfaatkan utk semua…  Next nota.. Camner agaknya nak dapatkan emas dengan  FREE dengan teknik OPM! Tungguuuuuuuu!!!!

Jika ada sebarang pertanyaan… Jgn malu2 or segan2… Cer call kami utk FREE Consultation!!! Free... Takyah bayar pon...

Pengasas Wang Sunnah;

016-6160951 Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
016-6160952 Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com

Wednesday 27 July 2011

Mengapa Public Gold?

Kerap kali persoalan ini jadik persoalan…. Dan tentunya persoalan yg sama terlintas didalam minda anda. MENGAPA PUBLIC GOLD? Sedangkan byk syarikat dan kedai emas, bank2 dan sbgainya yg menjual emas keluaran mereka sendiri, tp mengapa PUBLIC GOLD jadi pilihan utk membeli emas? Untuk penialaian anda sendiri, disini saya sediakan Fakta untuk anda membuat perbandingan sendiri dan memilih yang mana lebih menguntungkan…

1. Nilai SPREAD : PG (Public Gold) mengenakan Spread (Beza harga jual & beli) utk belian semula dgn kadar terendah sekitar 5-6% shj. Berbanding emas yg dijual di kedai emas, mereka mengenakan Spread sekitar 15-20%.

2. Harga Pasaran Emas: Harga PG berubah setiap 20min, manakala harga di Bank perlu mengikut update semasa BNM dan harga di kedai emas mengikut Persatuan Emas Malaysia yg di update sebulan sekali. Bermakna anda x boleh mendptkan keuntungan mnggunakan teknik spekulasi pasaran.

3. LOCK harga emas: Emas di PG boleh di lock harga bila2 masa sahaja sama ada secara online 24jam, phone call waktu office hours dan sms. Kita perlu bayar dengan harga emas yg telah di ‘lock’ walaupun harga emas berubah 20 minit kemudian.

4. Jual emas: Kedai emas dan bank hanya membeli emas yg dibeli drpd mereka shj, dan xkan membeli semula jika emas itu bengkok atau calar krn mereka mengupah proses peleburan dan rekabentuk pada syarikat lain. Tetapi PG ttp membelinya semula krn mereka sendiri membuat proses peleburan dan rekabentuk. Contoh: Emas PG mudah utk dicagarkan dan xkan terjejas dari segi pembungkusannya. Tetapi jika emas PAMP Suisse, jika anda mahu cagarkan anda perlu potong seal yg membalut certificate dan emas tersebut. Jika seal luarannya sudah terpotong,bagaimana anda mahu menjualnya kelak?

5. Caj terselindung: Kebanyakan kedai emas mengenakan caj tambahan seperti ‘workmanship cost’, caj insurans (mengikut harga emas) dll. Public Gold hanya mengenakan transportation cost, tapi kalo ambil sendiri emas di cawangan Penang, kos tersebut dikecualikan.

6. Stok Emas: Stok PG sentiasa ada. Berbanding di kedai emas dan Bank, disebabkan mereka mengambil stok drp syarikat lain, maka stok mereka sentiasa kekurangan dan tertakluk kpd 1st come 1st serve. Anda x boleh booking emas tersebut.

7. Peluang perniagaan: Kedai emas atau bank tidak menawarkan peluang utk jadi dealer emas manakala PG menawarkan peluang utk menjadi Dealer (peluang perniagaan), dan yg menariknya setiap belian di bayar komisyen 1.5% dari jumlah terkumpul belian anda bermula 1-30hb. Komisyen dibayar pd 15hb pd bulan berikutnya. Jika anda beli utk simpan sekalipun dan x berniat utk menjualnya, bukankah sememangnya anda dah untung?

Pengasas Wang Sunnah;

016-6160951 Zailiya Yatim

016-6160952 Marlishah Zubir
Email: empayar_mz@yahoo.com

Kahwin Free? Biar betik..... :)

Assalamualaikum…. Terlalu lama manyepi tanpa nota2 emas… agak terlalu sibuk ngan kegiatan seharian… tapi harini.. kami nak kongsikan 1 ILMU yg kami baru dapat… Alangkah ruginya kami dulu… waktu nak kahwin… sampai kena ikat perut… sebab nak simpan duit… masatu saya belom habis belajar.. n bakal hubby pula kerja ala2 ‘kais pagi makan tengah hari’. Maksimum bole menyimpan pun masa tu… ialah RM500/month… tapi nak kahwin nyer pasal… gigih berusaha… nak kumpul duit… sampai masa nak kenduri… kami short RM20k lg… sebab yg dapat dikumpul hanya RM 10k. RM10k? pearrrggghhh kejap jer abes…  so, di sebabkan short RM20k.. maka terpaksala meminjam bank… dengan instalment RM570/month (macam nak bli kete baru!). tapi alangkah bodohnya kami waktu itu… bodoh kerana tidak berilmu…  selepas kahwin… anak ke 2 pun hutang masih x abis… siksanya hidup waktu itu……. Jadik.. disebabkan pengalaman kami… maka.. kami x mahu anda yg belom mendirikan rumah tangga tu mengulangi ‘kesilapan’ kami…. Camner caranya??? Haaa………..

Mula2.. anda kena pergi buat personal loan… (nak kawen pun mmg nak buat personal loan pun kan?) tapi bezanya… ialah… semua amount loan yg korang buat tu… beli asset… iaitu EMAS atau silver… contoh yg kami bg ni… ialah dinar… so, dengan RM20k, anda bole dapat 28 keping pada harini dengan sekeping RM711.

  Table 1

Mari kita tengok graph GOLD utk tahun 2011.

Nampak tak?  Kenaikan harga emas utk 52 minggu dlm tahun 2011 sahaja adalah 35%. Cer kali… 19,908 *35%... senang2 jer nilai emas anda dah bertambah RM6967.80. itu baru tekni BELI, SIMPAN + KEMPAM.. belom lagi leveraging and compounding….  Kalau la… dia ambil average 35% emas naik utk 3 thn berikutnya… kira sendiri lor!!! Kat atas table 1 tu, contoh ambil kira 27% kenaikan emas…. Dalam masa 3thn.. nilai emas kita dah melebihi loan + interest. Kiranya kalo kepam lagi 2 thn… dah bole kira kawen free lor!!! Betul tak?!?
Ok kita tengok carta kenaikan emas 10 tahun yg lepas…..


Sekitar USD 300/ounce pada tahun 2000, dan tahun ni mencecah USD 1600/ounce pada tahun 2011. Kenaikan 433% selama 11 tahun… cuba kira… kalo kita beli emas RM50k pada tahun 2000, maka 2011 dah jadik brape yek??? Jom kita kira, RM50,000 * 433/100 = RM216,500 (haa… tu baru 50k emas… kepam selama 10 thn… kalo lebih daritu? Kita dah x payah nak harap duit KWSP utk persaraan…. Kan… ?). Hurm…. Kalau la kan….. kita menyimpan emas…….. semuanya KALAU! So… stop ber ‘KALAU’. Jom bertindak skang supaya 10 tahun lagi anda bole tersenyummmmm lebar!!!!

Ok.. berbalik kepada cerita… KAWEN FREE. Berita baik bagi sang TERUNA.. or maybe yg nak menambah CAWANGAN… (but to hubby… better think twice! Hahahaha) kenapa proposal saya guna dinar? Em… katalah.. RM20k pinjaman… ngan RM711 per 1dinar harga harini… dapat la anda 28 keping dinar yg bernilai RM19,908. Dengan kadar interest 18% selama 5 thn, repayment bulanan RM633. Katalah anda tak dapat membayar repayment RM633 sebulan… maka… jual la satu dinar sebulan utk bayar repayment personal loan tu. Tapi harus di ingat… harga emas makin naik… mungkin bulan ni anda jual 1 dinar. 6 bulan kemudian mungkin 2 dinar bole membayar 3 bulan repayment loan anda! Maka seterusnya.. kalo ikut graph kenaikan emas… dalam masa 3 thn anda mmg dah bole settle semua loan + interest personal loan anda!...

Ada pertanyaan? Sila hubungi kami….

Pengasas Wang Sunnah; 
016-6160951 Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
016-6160952 Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com

Fakta-fakta tentang EMAS.

Emas (Sanskrit jval, Yunani χρυσος = chrysos, Latin aurum, Inggeris kuna gold) telah diketahui sebagai sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi. Hieroglif Mesir (2600 SM) mengatakan logam dan emas ada dinyatakan beberapa kali dalam Perjanjian Lama (Old Testament). Penjelajahan orang Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah) ke benua Amerika digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli Amerrika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru dan Colombia. Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut
Matlamat utama ahli kimia adalah untuk menghasilkan emas daripada bahan yang lain, seperti karbon, kemungkinan melalui tindak balas dengan sejenis bahan dongengan yang digelar philosopher's stone. Meskipun usaha mereka tidak pernah mendapat hasil, namun ahli alkimia telah menaikkan keminatan terhadap bidang melibatkan unsur, yang menjadi asas kepada bidang kimia masa kini. Simbol mereka untuk emas ialah bulatan dengan titik ditengah, yang merupakan simbol matahari dalam bidang astrologi.
Pada kurun ke 19, perpindahan secara beramai-ramai disebabkab emas berlaku bila-bila sahaja longgokan emas dijumpai, termasuklah di California, Colorado, Otago, Australia, Black Hills, dan perpindahan beramai-ramai Klondike.

Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L aurum) dan nombor atomnya adalah 79. Emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.

Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009. Ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia adalah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri. Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan konduktor elektrik yang sangat bagus.

Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam merkuri dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda. Kod matawang ISO bagi emas ialah XAU.

Sifat Emas


Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki². Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.

Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.

Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.
Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi besi berwarna hijau, dan aloi aluminium berwarna ungu. Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna dijual di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai emas Black Hills. Keadaan pengoksidaan emas yang biasa termasuk +1 dan +3.

Aplikasi


Emas tulen adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkan kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum) dan logam-logam lain. Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan barangan kemas, duit syiling dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara. Selain itu, emas boleh mengalirkan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan. Ini menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke 20.
Kegunaan lain:

  • Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
  • Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
  • Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
  • Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
  • Asid kloraurik digunakan dalam fotografi untuk memberi ton kepada imej perak.
  • Dinatrium aurothiomalate digunakan dalam rawatan artritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intra-otot).
  • Isotop emas Au-198, (Separuh Hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
  • Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
  • Banyak pertandingan dan penganugerahan, seperti Sukan Olimpik dan Hadiah Nobel, pemenangnya akan meraih pingat emas (manakala perak diberikan kepada naib johan, dan gangsa kepada yang ketiga.)
Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.

Nilai


Seperti logam-logam bernilai yang lain, emas dinilai dengan berat troy dan apabila ia dialoi dengan logam yang lain perkataan karat digunakan untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir, 24 karat adalah emas tulen. Sejarah menunjukkan bahawa emas pernah digunakan untuk menyokong matawang dalam sistem yang digelar piawaian emas di mana satu unit matawang adalah bersamaan dengan beberapa jumlah berat emas. Dalam sistem ini, kerajaan dan bank pusat cuba untuk mengawal harga emas dengan meletakkan nilai yang mereka ingin tukarkan dengan matawang.

Untuk sekian lamanya nilai emas diletakkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada harga $20.67 per troy auns, namun pada tahun 1934 nilai ini ditetapkan pada harga $35.00 per troy auns. Disebabkan krisis emas pada Mac 17 1968, satu skim peletakan harga dua peringkat diperkenalkan di mana emas masih lagi digunakan untuk menguruskan akaun antarabangsa pada nilai lama iaitu $35.00 per troy auns ($1.13/g) tetapi harga emas dalam pasaran persendirian dibenarkan untuk turun-naik. Pada 1975 sistem dua peringkat ini diabaikan apabila harga emas dibenarkan untuk turun-naik. Semenjak 1968 harga emas pada pasaran terbuka telah turun-naik dengan luasnya, dengan rekod tertinggi $850/oz ($27,300/kg) pada 21 Januari 1980, sehinggalah ke rekod terendah $252.90/oz ($8,131/kg) pada 21 Jun 1999 (Tetapan London). Harga emas telah meningkat ke $500/oz pada penghujung 2005, oleh sebab susut nilai dolar Amerika dan inflasi akibat kenaikan kos tenaga.

Oleh kerana kegunaannya sebagai stor simpanan nilai, pemilikan emas persendirian kadang kala dihadkan atau diharamkan. Di dalam Amerika Syarikat, pemilikan emas secara persendirian kecuali sebagai bahan kemas atau pengumpulan duit syiling diharamkan dari tahun 1933 ke tahun 1975.

Sebagai pelaburan ketara, emas kadang kala dipegang sebagai sebahagian daripada portfolio kerana pada jangka masa yang panjang emas telahpun memiliki sejarah yang lama dalam pengekalan nilainya. Emas menjadi semakin menarik di saat-saat keyakinan rendah dan semasa hyperinflasi kerana emas mengekalkan nilainya walaupun apabila wang hampa menjadi tidak bernilai.

Kontak berniaga hadapan berasaskan emas kini diniagakan oleh pelbagai bursa di seluruh dunia.

Ragam Kewujudan


Oleh kerana secara relatifnya, emas bersifat lengai secara kimia, emas sering kali dijumpai dalam bentuk aslinya, kadang kala dalam bentuk gumpalan besar, tetapi pada kebiasaannya dalam bentuk serpihan kecil di dalam mineral, kuarza, sabak, batuan metamorfik dan dalam longgokan aluvium yang berasal daripada punca-punca tersebut. Emas tersebar dengan meluas, dan biasanya bercampur dengan mineral kuartza atau pirit atau bercampur dengan tellurium dalam mineral petzit, kalaverit dan sylvanite. Emas diasingkan daripada aluvium melalui teknik perlombongan menggunakan dulang.

Sejak tahun 1880-an Afrika Selatan telah menjadi sumber kepada dua pertiga bekalan emas dunia. Bandar Johannesburg dibina di atas jumpaan emas terbesar di dunia. Kawasan lombongan emas di Orange Free State dan Transvaa adalah amat dalam dan kawasan ini merupakan kawasan perlombongan terdalam di dunia. Peperangan Boer 1899-1901 di antara orang British dan orang-orang putih Boer adalah sebahagiannya berpunca daripada hak pelombong dan pemilikan emas yang kaya di Afrika Selatan. Lombong-lombong di Dakota Selatan dan Nevada membekalkan dua pertiga daripada emas yang digunakan di Amerika Syarikat.

Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis. Logam ini terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehigga kini tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
Emas bukan sahaja penting kepada industri dan kesenian, ia juga mengekalkan status istimewa di kalangan komoditi-komoditi lain sebagai stor simpanan nilai. Dijangkakan bahawa kesemua emas di dunia yang telah ditulenkan boleh membentuk sebuah kiub berukuran 20m (60 kaki) pada setiap sisi.

Sebatian


Aurik klorida (AuCI3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian

  • Ia melarut dalam akua regia untuk menghasilkan ion AuCl4-
  • Emas Halida (F,CI,BR,I)
  • Emas Kalkogen (O,S,SE,Te)
  • Sebatian gugusan emas
Isotop


Hanya terdapat satu isotop emas yang stabil dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.