Saturday 30 July 2011

Harga EMAS berada pada paras tertinggi! Nak beli ke tak!?

Semasa harga EMAS berada pada paras TERTINGGI skang dan kenaikan harganya terus naik tanpa ada gangguan, ada satu persoalan yang siang malam dok asyik berlegar dalam kepala otak saya ni. “Nak kene beli ke EMAS skang ni? Harga tengah maksimum ni!”

Huh! Kalo Tanya orang yang tak pandai main saham, hartanah hatta orang yang tak pernah beli EMAS atau beli saham/hartanah skali pun, ini jawapannya! “Ko gila ke bang…? Harga tengah peak tu… Sekali dia turun, tergolekzzz kite…”. Senang cite, takde sape nak beli pada paras harga yang tertinggi! Sume nak tunggu harga ‘flooring’ dulu baru nak beli. Dengan harapan, harga naik, ada untung! Ok, skang saya cite serba sedikit, apa yang saya paham tentang nak beli EMAS ni. Kita kongsi naa… Sharing is caring…

Dolar Amerika Syarikat (USD), telah memecahkan rekod nye sendiri skang ni apabila berada diparas yang terendah berbanding dengan matawang lain seperti Swiss Franc, Dolar Australia dan Dolar Singapura. Mana-mana matawang kini yang berada pada paras yang agak kukuh berbanding USD dilihat oleh pelabur sebagai tempat yang paling selamat. Skang, satu dunia tahu dan sedar yang Amerika skang dah takleh nak bayar hutang kerajaan nya sendiri….

Kerajaan Amerika Syarikat sebenarnya telah lama mempunyai masalah dalam melunaskan hutangnya sendiri dan buktinya dapat dilihat dengan jelas jika kita mengkaji sejarah ekonomi negara ni. Tetapi, hanya bebaru ni, setelah impaknya begitu hebat, rakyatnya sedar yang negara nya skang tengah menghadapi masalah hutang ni. Kerana sebelum ni, pihak White House dapat menyorokkan masalah itu dengan mencanang pelan tindakan yang kononnya dapat memulihkan ekonomi negara itu pada rakyat nya sendiri. Kesian… Kene tipu hidup-hidup….

Di Eropah, keadaan skang dikatakan lebih teruk. Perkara ‘default’ ini telah dibincangkan secara terbuka oleh ‘Policymaker’ di Greece. Ini menyebabkan institusi-institusi kewangan besar di Greece, sedang sibuk dengan ‘back up’ plan mereka.

Kerajaan-kerajaan ini tidak lagi dapat menyembunyikan masalah-masalah ini dari perhatian rakyat! Oleh kerana itu, keyakinan rakyat kepada pemimpin-pemimpin mereka semakin pudar!

Oleh kerana kurang keyakinan mereka terhadap Dolar dan Euro, mereka beralih arah mencari alternative lain (matawang lain yang masih stabil contohnya) sebagai ‘port’ yang baru. Institusi-institusi kewangan dan pelabur membekukan trillion dolar (atau membiarkan duit mereka berlegar dipasaran terhad) dalam sistem mereka sendiri. Dalam masa ini, mereka tidak berani membuat sebarang perdagangan gara-gara scenario yang dialami oleh 2 negara terbesar ini. Dan ini menyebabkan nilai matawang-matawang kecil melonjak naik!

Disebabkan aliran modal yang lebih banyak disalurkan kepada matawang yang lebih kecil, matawang-matawang ini menjadi lebih stabil berbanding Dolar dan Euro. Sebagai contoh, Swiss Franc mempunyai permintaan yang lebih tinggi berbanding USD yang mempunyai lebih lambakan didalam pasaran. So, kalo DEMAND tinggi, harga pun tinggi la! Demand rendah, harga murah lor….

Jadi, apabila USD menjadi lemah, harga EMAS akan melonjak naik! Ini disebabkan harga EMAS berlawanan dengan nilai USD. Ditambah pula kemelut DEBT CRISIS mereka (USA & EUROPE) belum selesai, kita boleh jangkakan yang harga emas akan maintain naik dalam jangka masa panjang!

Jadi, dari membiarkan wang-wang mereka terus berlegar tanpa arah tujuan, institusi-institusi kewangan ini membeli EMAS kerana mereka melihat EMAS sebagai satu medium yang dapat melindungi nilai wang-wang mereka itu. EMAS bagi mereka bebas dari sebarang spekulasi dan yang pastinya lebih bernilai! Yang lebih penting, EMAS bebas dari sebarang manipulasi politik!

Pada masa sekarang, walaupun Swiss Franc berada di tahap yang kukuh, ia masih lagi mempunyai sekatan dalam nilai nya. Pada masa yang sama, Swiss International Bank akan mengenakan kawalan modal bagi mengekang kenaikan matawang mereka. Harga-harga komoditi lain akan dikawal selia bagi tujuan yang sama.

Tetapi tidak bagi EMAS! Jika EMAS naik kepada USD 2000-USD 3000 per ounce pun, takde sapa yang bising. Tiada sekatan! Malah dibiarkan je dia naik. Kenaikan harga emas ini juga boleh memalukan bank-bank pusat tetapi ia bukanlah satu isu yang hangat! Secara logiknya, ada orang marah kalo harga emas yang mereka miliki baik?

Walaupun ada diantara mereka cuba untuk mengawal harga EMAS, saya yakin bahawa perdagangan EMAS akan terus berkembang maju di seluruh dunia terutama di Asia dan Timur Tengah.

Jadi, dari kita masih dibelenggu persoalan “Adakah ini masa yang sesuai untuk aku memiliki EMAS?”, baik kita tanya pada diri sendiri, “Adakah kerajaan yang seperti Amerika Syarikat ataupun Malaysia sendiri yang penuh dengan korupsi dan boleh dilabelkan sebagai KERAJAAN BANGKRAP mampu membangkitkan keyakinan rakyat mereka sendiri pada tahap 100% atau lebih ATAU keyakinan rakyat itu sendiri akan terus hakis dan terhakis sepanjang zaman?

Jika pilihan anda lebih cenderung pada persoalan kedua, anda boleh yakin bahawa lebih banyak wang akan mengalir ke dalam emas dan harga EMAS akan terus naik!

Ya, memang aka nada turun naik harga. Contohnya apa yang berlaku sekarang. Sekiranya OBAMA mampu menyakinkan pihak Republican dan Demokrat untuk naik kan kadar hutang Negara, wajib akan ada “correction”. Tetapi pada masa akan datang, tentu akan berlaku perkara-perkara seperti ‘debt downgrades’, ‘budget battles’, ‘government shutdown’, ‘asset  seizures’ etc. Setiap “correction” akan member impak kecil pada garis trend menaik harga EMAS pada jangka masa panjang.

Dan akhir kata dari saya “And in case you’re still worried that you’d be a sucker to buy gold at $1600, consider that, if you don’t, in three years you’ll probably feel like a sucker for not buying gold at $1600 when you still had the chance”.


2 comments:

  1. ..part yg satu ni mmg aku setuju sesangat.

    ReplyDelete
  2. Bole sgt dh tu... Tambah lak otai forex kan? Bole la kita work out sesuatu. Objektif wang sunnah ni bukan setakat meniaga emas je. InsyaAllah, plan dah ada dan rasanya kami perlu seorang pakar macam abg nih!

    ReplyDelete