Sunday 31 July 2011

Alhamdulillah, syukur Ya Allah...

 Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Mengasihani....

Assalamualaikum WBT... Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kehadrat Allah Taala, akhirnya terbina juga blog Wang Sunnah ini. Atas segala pengalaman, ilmu (yang tak seberapa ini) dan jerih perih yang telah kami lalui bersama, rasanya adalah baik jika kami kongsi segala ilmu dan informasi yang telah kami perolehi semasa dalam proses pembelajaran kami mengenai emas dan kelebihan menyimpan emas dengan semua individu terutama sekali yang beragama Islam. InsyaAllah....

Wang Sunnah secara rasmi ditubuhkan oleh sepasang hamba Allah iaitu saya, Marzlishah Bin Zubir @ Omar bersama isteri saya, Zailiya Binti Mohamad Yatim pada 1 Januari 2011. Objektif utama Wang Sunnah ini adalah untuk menyampaikan informasi dan cara-cara untuk memanipulasikan bagi menjana simpanan maksimum dan ianya dilahirkan adalah kerana atas kesedaran kami tentang kelebihan menyimpan emas sebagai simpanan utama kami untuk masa hadapan. Setelah sekian lama kami mencari jalan penyelesaian untuk masalah kewangan yang kami hadapi, akhirnya kami terjumpa sepotong hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal yang berbunyi,

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal.

Maka selepas itu, bermulalah pengajian kami tentang emas ini. Dalam beberapa bulan sebelum ini, agak banyak juga info yang telah kami ketahui dan dengan sedikit ilmu yang dikurniakan Allah ini, dapat juga kami hasilkan beberapa formula bagaimana kita boleh memanipulasi emas dalam kehidupan kita seharian. Mmmmm... Menarik tu!

Sebenarnya, kami agak pelik kenapa semua individu yang kami jumpa tidak tahu betapa 'power' nye emas ni. Mereka tahu menyimpan emas memang menguntungkan! Tapi mereka masih enggan untuk menyimpan emas. Oleh sebab itu lah, timbul idea dari kami untuk bersama-sama kongsi tentang mengapa kita perlu menyimpan emas. Bukan lagi wang atau RM sebagai simpanan unggul. InsyaAllah, dalam post seterusnya, kami akan siarkan video ceramah oleh Syeikh Imran Hussein yang bertajuk Islam dan Sistem Kewangan Antarabangsa. Dari video itu, boleh lah saudara saudari mengambil kesimpulan perlukah kita menyimpan wang atau beralih kepada EMAS!

Akhir kata, kami berharap, segala info dan tips-tips dalam blog kami ini dapat mengubah kehidupan anda supaya menjadi lebih proaktif dan terjamin. Ingin saya nyatakan bahawa Wang Sunnah bukan lah menganjurkan apa-apa skim cepat kaya atau pelaburan atau yang seangkatan dengannya. Cuma ingin berkongsi ilmu dan info tentang emas. Setelah memabaca blog kami ini, terpulang kepada saudara saudari untuk membuat keputusan. Tepuk dada, tanya iman... Sekian, Wassalam....

Pengasas Wang Sunnah; 
016-6160951 Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
016-6160952 Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com
Facebook: Wang Sunnah

No comments:

Post a Comment