Tuesday 29 November 2011

Wang Sunnah New Group Members!!!!

Assalamualaikum.... Salam EMAS buat semua!
Memperkenalkan AHLI baru WANG SUNNAH! Selamat datang kepada.....

Mohd Nor Talha
            017 - 3903936      
Email: en.gambit27@yahoo.com
FB: www.facebook.com/Dino.Gtz
KL-Kelana Jaya-Kuala Selangor-Sg Besar-Sabak Bernam-Teluk Intan

Shahreen Bin Jasni
            012 - 4151609      
shahreen_ppsb@yahoo.com
FB: www.facebook.com/Ayen79
Penang-Bukit Mertajam-Seberang Prai

Kepada Pembeli yang berada berdekatan dengan our new group member... bolehla berurusan jual beli emas dengan mereka! Membeli-belah dengan YAKIN kerana mereka juga Authorised Dealer Public Gold! 


WANG SUNNAH = EMAS + PERAK. RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR. Menyandarkan setiap RM/sen kita kepada simpanan EMAS/PERAK dan mempergunakan kemudahan PLATFORM sediada di seluruh Malaysia bagi memaksimumkan PROFIT/ASSET yang kita Miliki TANPA MEMBEBANKAN kehidupan seharian dan MENGHINDARKAN diri daripada RIBA'.

Pengasas Wang Sunnah;
            016-6160951       Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
            016-6160952       Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com
Website: http://rahsiawangsunnah.blogspot.com

Wednesday 23 November 2011

Rahsia MENABUNG EMAS!!!

Rahsia Menabung Emas!

Salam EMAS buat SEMUA…. Assalamualaikum!

Nota kalini kami ingin mendedahkan RAHSIA menabung EMAS tanpa MEMBEBANKAN kehidupan anda seharian…… nak tahu bagaimana? TERUSKAN MEMBACA!!!!!
 
Katalah anda mahu membeli seutas rantai 10g i-series. Tapi anda tidak mempunyai modal yang cukup. Dalam masa yang sama anda tidak mahu kerugian masa… kerana MASA itu EMAS! 

Katalah gaji anda RM2000 sebulan. Saya suka gunakan konsep 6:3:1.
 
Apa itu konsep 6:3:1? Konsep 6:3:1 adalah….

60% daripada gaji utk keperluan asas (sewa rumah, loan kereta, etc)
60% x RM2000
RM 1200

30% daripada gaji utk berbelanja (makan luar, shopping, etc)
30% x RM2000
RM 600

10% daripada gaji utk simpanan
10% x Rm2000
RM 200
 
Kalau ikut perancangan harian kita, jadual kewangan kita amatla padat… bagaimanalah kita hendak memiliki seketul emas walau hanya sekeping  1 DINAR? Nilai simpanan WANG FIAT yg kita miliki pun mengalami SUSUT NILAI akibat INFLASI… dalam masa yang sama, nilai EMAS makin NAIK!! Memang tak mampu la kita memiliki emas sampai bila2… kan??
Haaaaaa…. Disini Wang Sunnah nak kongsikan RAHSIA terunggul utk memiliki sekurang2nya seutas rantai 10g i-series sebagai tabungan anda…. BAGAIMANA?
 
Caranya:
1.       Katakana gaji anda RM2000. Senaraikan perbelanjaan anda dengan teliti.
2.       Semak harga terkini rantai 10g i-series di website Public Gold. www.publicdinar.com.my . Katakan harga rantai 10g i-series terkini RM1770
3.       Hubungi saya (ZAILIYA – 0166160951) untuk LOCKED harga dinar tersebut. Buat Pembayaran dan collect rantai 10g i-series tersebut.
4.       Bawa rantai 10g i-series ke Arrahnu dan pajakkan rantai 10g i-series tersebut.
5.       Dengan pajakan tersebut, anda akan dapat  65% TUNAI bersamaan dengan RM1150 bersama upah simpan sebanyak RM 52 selama 6 bulan.
6.       Duit tunai dari pajakan tu boleh la anda gunakan untuk keperluan harian anda.
7.       Setiap Bulan anda hanya perlu membayar  RM200 [(RM1150 + RM52)/6)]. Dan ianya tidak membebankan kerana nilainya sama seperti nilai tabungan simpanan anda setiap bulan!!



WANG SUNNAH = EMAS + PERAK. RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR. Menyandarkan setiap RM/sen kita kepada sinpanan EMAS/PERAK dan mempergunakan kemudahan PLATFORM sediada di seluruh Malaysia bagi memaksimumkan PROFIT /ASSET yang kita miliki TANPA MEMBEBANKAN kehidupan Seharian dan MENGHINDARKAN diri daripada RIBA’.


FIKIR-FIKIRKAN dan BERTINDAK lah SEKARANG!! Hubungi kami, Wang Sunnah untuk keterangan lanjut!

Pengasas Wang Sunnah;
016-6160951 Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
016-6160952 Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com
Website: http://rahsiawangsunnah.blogspot.com

Sunday 13 November 2011

Written by Che Det on 14 September 2010

Pelaburan Emas dan Dinar bukan sahaja menjadi bualan kami, Wang Sunnah. Cuba baca apa yang Che Det kata tentang Dinar kat bawah ni. 
1. Izinkan saya jelaskan pandangan saya terhadap kegunaan dinar emas yang saya cadangkan.

2. Saya telah cadang dinar emas digunakan untuk dagangan antarabangsa sahaja. Saya tidak pernah cadang dinar emas diguna sebagai matawang mana-mana negara untuk kegunaan harian.

3. Walaupun harga emas lebih stabil daripada matawang, tetapi nilai emas juga bergerak. Semasa Perjanjian Brettonwoods satu auns emas bernilai $35 Dolar Amerika. Tetapi sekarang satu auns emas bernilai $1,300 Dolar Amerika. Ini bermakna nilai Dolar telah jatuh degan teruk. Namun untuk dagangan antarabangsa Dolar masih diguna.

4. Jika satu syiling emas diberi nilai 1 Ringgit hari ini umpamanya dan kemudian nilai emas meningkat maka sudah tentu pemilik syiling emas tidak akan gunanya untuk membeli-belah dengan bernilai satu Ringgit. Mereka akan guna wang kertas 1 Ringgit. Syiling emas akan disimpan.

5. Lama kelamaan semua dinar emas yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa akan hilang dari pasaran. Walau banyak mana sekali pun pihak berkuasa mengeluar dinar emas akhirnya akan habis emas yang disimpan. Inilah yang berlaku pada Amerika Syarikat yang pada satu masa memiliki 80 peratus daripada simpanan (reserve) emas dunia.

6. Mekanisma yang lain akan diguna untuk dagangan antarabangsa dengan dinar emas. Simpanan matawang emas tidak perlu dalam bentuk syiling tetapi sebagai bata atau jongkong emas yang nilai-nilai akan mengikut harga emas dalam pasaran.

7. Bayaran untuk dagangan akan dibuat oleh bank pusat setelah dihitung nilai eksport dan nilai import antara dua negara. Jika import melebihi eksport maka negara berkenaan akan bayar dengan nota kredit bersamaan jumlah nilai emas sebanyak kelebihan nilai import tolak nilai eksport.

8. Jika pada bulan hadapan eksportnya ke negara berkenaan melebihi nilai import maka bayaran untuk kelebihan ini boleh dibuat dengan nota kredit bulan lepas.

9. Dengan cara ini tidak ada keperluan membayar dengan emas walaupun emas menentukan nilai barangan yang didagangkan. Hanya bayaran dibuat untuk lebih atau kurangnya eksport dengan import secara total dengan negara-negara berkenaan tiap bulan atau minggu. Jika nilai import adalah sama dengan eksport, bayaran tidak perlu dibuat. Ia menjadi dagangan secara barter (tukar barang).


10. Dengan menggunakan emas untuk menentukan nilai dagangan, Dolar Amerika yang jelas tidak stabil tidak perlu digunakan lagi. Permainan oleh penyangak matawang juga akan terhenti.

p/s: Ingin mengetahui bagaimana PELABURAN EMAS DAN PERAK bole menjana pulangan yang lumayan setiap tahun? Hubungi kami, Wang Sunnah atau ahli-ahli Wang Sunnah yang lain yang berdekatan dengan kawasan anda! Sekarang!!!

Monday 7 November 2011

Ada Apa Dengan Emas? Mengapa EMAS?


Masih ramai yang bertanya… mengapa perlunya kita menyimpan emas? Ada apa dengan EMAS?? Jawapannya….

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah (cth: wang kertas, makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan) tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Manakala ASB pula paling tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?
Jika anda membeli emas pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM 200 segram!! Kenaikan 300% selama 10 tahun. Hurmmmmmmmmm Untung kan?

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
Zaman nenek moyang kita… nasi lemak boleh dibeli dengan harga 1sen. Sekarang? Adakah anak2 kita bole beli nasi lemak dengan harga yg sama?? 1 sen umpama TIADA NILAI nya sekarang… jangankan nasi lemak 1sen… nasi lemak RM1 pun dah susah nak jumpa. Itu lah namanya INFLASI… Wang kertas mmg tidak menyimpan nilai… sebab wang kerta boleh dicetak bila2 masa sahaja… EMAS… KALIS DEFLASI DAN INFLASI! Mengapa emas kalis deflasi dan INFLASI? Kerana… zaman Rasulullah dulu, seekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar. Sekarang kambing masih boleh dibeli ngan 1 dinar! Hurmmmm… hebat kan?

4. Aset yang terunggul
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah Malaysia dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. EMAS boleh ditukarkan/ dicairkan kepada wang kertas negara itu kerana emas diterima diSELURUH DUNIA. Cuba kita bawa wang kertas kita waktu peperangan berlaku dinegara kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Sumber: malaysiakuboleh.wordpress.com

Sharing is caring....

Pengasas Wang Sunnah;
016-6160951 Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
016-6160952 Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
FB: Wang Sunnah
Email: empayar_mz@yahoo.com

Thursday 3 November 2011

Tahniah pada semua pembeli saya pada awal bulan Oktober!!!

Assalamualaikum semua! Salam EMAS untuk anda sume. Pada masa skang, EMAS dan PERAK dah tak tahan dah nak meREMPIT ke puncak! So, pada sesiapa yang belum beli, INI LA MASANYA! Kalo tunggu dan tengok dulu, dapat tengok je la... Kalo tak caya, kita tengok apa yg buyer bulan Oktober saya dapat!

Ni harga EMAS pada masa saya tulih post ni!

Ni status FB saya pada 04 October!

Hah! Kan den dah koba... Dengar cakap den. Kalo den kato boli, boli yo la... So, kalo anda nak update2 realtime macam ni, bole la 'LIKE' post saya ni. Tak pon 'LIKE' je option masa memula masuk blog saya tadi. Tak pon, 'LIKE' je Page FB kami. Nah! Ni link dia! FB Page Wang Sunnah. Tak susah pon... :)

"Kami di Wang Sunnah, InsyaAllah, akan berusaha memberi didikan yang secukupnya pada sesiapa saja yang ingin mengetahui tentang BETAPA BESTNYA PELABURAN EMAS DAN PERAK FIZIKAL ni".

Wednesday 2 November 2011

Written by Che Det on 04 November 2008

Assalamualaikum... Salam EMAS untuk anda sume. Artikel dibawah saya copy and paste semula dari blog Che Det. Bukan niat utk plagit, cuma nak refresh ingatan saya dan sekadar soft warning untuk kita sume. Baca dan fahami la ek....
 
1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.
 
2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.


4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.


5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai “Gold Standard”. Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan “Bank Notes” sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

Nantikan bahagian kedua nya nanti... Tunggu!!!