Monday 7 November 2011

Ada Apa Dengan Emas? Mengapa EMAS?


Masih ramai yang bertanya… mengapa perlunya kita menyimpan emas? Ada apa dengan EMAS?? Jawapannya….

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah (cth: wang kertas, makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan) tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Manakala ASB pula paling tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?
Jika anda membeli emas pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM 200 segram!! Kenaikan 300% selama 10 tahun. Hurmmmmmmmmm Untung kan?

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
Zaman nenek moyang kita… nasi lemak boleh dibeli dengan harga 1sen. Sekarang? Adakah anak2 kita bole beli nasi lemak dengan harga yg sama?? 1 sen umpama TIADA NILAI nya sekarang… jangankan nasi lemak 1sen… nasi lemak RM1 pun dah susah nak jumpa. Itu lah namanya INFLASI… Wang kertas mmg tidak menyimpan nilai… sebab wang kerta boleh dicetak bila2 masa sahaja… EMAS… KALIS DEFLASI DAN INFLASI! Mengapa emas kalis deflasi dan INFLASI? Kerana… zaman Rasulullah dulu, seekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar. Sekarang kambing masih boleh dibeli ngan 1 dinar! Hurmmmm… hebat kan?

4. Aset yang terunggul
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah Malaysia dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. EMAS boleh ditukarkan/ dicairkan kepada wang kertas negara itu kerana emas diterima diSELURUH DUNIA. Cuba kita bawa wang kertas kita waktu peperangan berlaku dinegara kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Sumber: malaysiakuboleh.wordpress.com

Sharing is caring....

Pengasas Wang Sunnah;
016-6160951 Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
016-6160952 Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
FB: Wang Sunnah
Email: empayar_mz@yahoo.com

No comments:

Post a Comment