Friday 9 December 2011

New group member lagik!!

Alhamdulillah! Wang Sunnah makin berkembang!

Memperkenalkan our NEW MEMBER...

Mohd Naim B. Ruslan
naemz85@gmail.com
0123917753/0195263116

Untuk yg berada bertdekatan kajang, bangi, putrajaya, cyberjaya... Dan kawasan yg berdekatan... Anda boleh juga berurusan jual beli emas dengan beliau.

Thursday 8 December 2011

Bagaimana nak MULA MENYMPAN atau MELABUR EMAS?

Assalamualaikum….. Salam Emas buat Semua!!!

Seringkali persoalan ini diajukan kepada kami… Bagai mana nak MULA?  Ramai yang sudah menunjukkan minat untuk memiliki EMAS. KESEDARAN pentingnya menyimpan EMAS dah berkembang di JIWA saudara-saudara seISLAM… Alhamdulillah….!!! Tapi bagaimanakah hendak memulakan langkah???

Semua PELABURAN memerlukan MODAL. Jika MELIBATKAN EMAS, tentu dikotak fikiran anda… ianya memerlukan MODAL yang BESAR!!! Kan? Pepatah inggeris berbunyi… “A thousand JOURNEY begins with FIRST STEP!”

Jika anda tidak mempunyai modal yang BESAR, mulakan dengan membeli emas yang paling kecil… 1Dinar contohnya…. Harga sekeping sekitar RM780 (23.11.2011). Jangan tamak… mulakan dengan yang termampu dahulu… kemudian, PERCAYALAH…. AURA EMAS itu sendiri akan membuatkan ANDA lebih BERJIMAT CERMAT dan KEINGINAN menambah koleksi emas akan BERTAMBAH dari SEHARI ke SEHARI!! Dan pastinya anda akan start menjadi CELIK EMAS! 

Apakah itu CELIK EMAS?

Celik Emas

1.Mula sedar tentang emas-lalu membuat research mengenainya sama ada melalui forum-forum di internet,blog-blog,laman sosial atau bahan-bahan bacaan bercetak

2.Perasaan ingin tahu yang sangat kuat dan merasakan aura emas.

3.Merasa tidak sabar untuk memiliki emas,dan apabila memiliki emas,akan timbul perasaan teruja yang mendorong penyimpan emas.

4.Timbul kesedaran mengenai helah wang kertas dan berusaha untuk mencari lebih maklumat mengenainya.

5.Menyedari akan hakikat bahawa wang yang sebenar ialah dinar dan dirham. Bukannya CASH yg tidak menyimpan intrincit value.

6.Menggalakkan kawan dan sahabat handai serta sedara seislam untuk menukar tabungan CASH ke EMAS kerana emas kalis inflasi dan deflasi.

7.Mula menganggap menyedarkan dan menyebarkan maklumat tentang emas/perak adalah satu ibadah dan tanggungjawab sesama islam.

8. Kesedaran bahawa wang kertas penuh dengan riba,dan berusaha untuk menyimpan emas. penggunaan dinar dan dirham dapat mengelakkan dari riba secara terus menerus.

” Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya)”

9.Bertindak menjadi peniaga emas untuk memudahkan usaha untuk memperkenalkan emas kepada lebih ramai orang.Berniaga sambil beribadah juga dapat meningkatkan ekonomi orang Islam dari seorang umat kepada seorang umat yang lain.

Sabda Nabi SAW

“Peniaga yang benar dan jujur lagi beramanah,Allah SWT akan menempatkan mereka bersama para Nabi,Sidiqqin, dan para Shuhada”

-Riwayat At Tarmizi


Kami Amat Percaya… AURA EMAS akan menarik EMAS yang BANYAK. Bila anda memiliki emas… dan apabila anda didalam kategori CELIK EMAS... anda akan mula ‘alert’ dengan WORLD Market graph. Dari situ keinginan anda utk menambah koleksi emas dan berjimatcermat akan BERTAMBAH… saya berani kata demikian sebab…. Kebanyakan daripada pembeli saya telah berulang kali membeli EMAS dengan saya!! :D

Sifat manusia itu sendiri…. “jika kita memiliki Segunung Emas…. PASTI dia mahu SEGUNUNG EMAS lagi!!” kan???? Tetapi apa2 pun… jangan lupa keluarkan ZAKAT atas ketulan2 emas yang anda MILIKI!!!



WANG SUNNAH = EMAS + PERAK. RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR. Menyandarkan setiap RM/sen kita kepada sinpanan EMAS/PERAK dan mempergunakan kemudahan PLATFORM sediada di seluruh Malaysia bagi memaksimumkan PROFIT /ASSET yang kita miliki TANPA MEMBEBANKAN kehidupan Seharian dan MENGHINDARKAN diri daripada RIBA’.

FIKIR-FIKIRKAN dan BERTINDAK lah SEKARANG!! Hubungi kami, Wang Sunnah untuk keterangan lanjut!
 
Pengasas Wang Sunnah;
016-6160951 Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
016-6160952 Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com
Website: http://rahsiawangsunnah.blogspot.com

Wednesday 7 December 2011

15 kelebihan MENYIMPAN / MELABUR EMAS FIZIKAL

1.     Sebagai SIMPANAN atau PELABURAN bagi jangkamasa SEDERHANA dan PANJANG.
2.    HALAL kerana mempunyai AKAD JUAL BELI EMAS yg dituntut ISLAM.
3.    Senang dicarikan (liquidity) dan berNILAI dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
4.    KESTABILAN harga EMAS di pasaran dunia dan tidak TERIKAT dengan INFLASI dan DEFLASI.
5.    Aset atau pelaburan yang MUDAH dan SENANG diuruskan. Tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual. (Simpanan yg dilupakan atau sekadar simpan dibawah bantal macam zaman nenek moyang kita).
6.    Tidak memerlukan pihak ketiga utk urusan jual beli. Pemilik emas boleh urus jual beli sendiri simpanan emas mereka pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
7.    Tiada Cukai yang dikenakan kecuali ZAKAT EMAS untuk yg beragama ISLAM.
8.    Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
9.    Pelaburan atau simpanan yang SELAMAT ketika keadaan ekonomi JATUH disebabkan peperangan, politik ataupun system ekonomi dunia jatuh.
10.  Boleh dipajak utk dapatkan TUNAI SEGERA tanpa terlibat dengan RIBA’ pada bila-bila masa dengan kadar upah yg rendah.
11.  Aset yang boleh diwarisi secara MUDAH tanpa perlu dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ke 3.
12.   Senang dibawa kemana-mana kerana mempunyai saiz yg kecil. (5g – 250g). ~ boleh juga dipakai sebagai barang kemas.
13.  Aset fizikal atau simpanan yang tidak boleh diBEKUkan walaupun diisytiharkan BANKRUP.
14.  Simpanan atau asset untuk masa depan keluarga. (Pembiayaan anak-anak ke universiti, menunaikan haji, memulakan perniagaan etc)
15.  Emas fizikal sebagai MODAL perniagaan, cagaran perniagaan atau ‘rolling’ perniagaan.


WANG SUNNAH = EMAS + PERAK. RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR. Menyandarkan setiap RM/sen kita kepada simpanan EMAS/PERAK dan mempergunakan kemudahan PLATFORM sediada di seluruh Malaysia bagi memaksimumkan PROFIT/ASSET yang kita Miliki TANPA MEMBEBANKAN kehidupan seharian dan MENGHINDARKAN diri daripada RIBA'.

Pengasas Wang Sunnah;
            016-6160951       Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
            016-6160952       Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com
Website: http://rahsiawangsunnah.blogspot.com 

Friday 2 December 2011

INFO ZAKAT untuk EMAS dan PERAK.

INFO ZAKAT untuk EMAS DAN PERAK

Zakat Emas
 
Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
 
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
 
At- Taubah; ayat 34-35
 
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
 
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150
 
2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
 
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
 
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
                                         = 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
                                         = RM 192.9
 
 Sila rujuk Link : http://zakat.com.my/zakat-emas
 
 
 
Zakat PERAK
 
Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
Jongkong perak
Matawang perak
Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
Barang perhiasan/barang kemas perak
Nisab dan kadar zakat perak
 
Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.
 
Dalil zakat perak
 
Sabda Rasulullah SAW
Maksudnya:
"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)". (Riwayat Muslim)
Maksudnya:
 
"Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari )
 
 
Contoh pengiraan zakat perak
 
Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%
Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)
 
Kadar zakat = 2.5%
* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62
Zakat =  1,000 gm x 0.62 x2.5%
          =  15.50
 
Sila rujuk Link : http://zakat.com.my/zakat-perak


WANG SUNNAH = EMAS + PERAK. RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR. Menyandarkan setiap RM/sen kita kepada simpanan EMAS/PERAK dan mempergunakan kemudahan PLATFORM sediada di seluruh Malaysia bagi memaksimumkan PROFIT/ASSET yang kita Miliki TANPA MEMBEBANKAN kehidupan seharian dan MENGHINDARKAN diri daripada RIBA'.

Pengasas Wang Sunnah;
            016-6160951       Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
            016-6160952       Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com
Website: http://rahsiawangsunnah.blogspot.com