Friday 2 December 2011

INFO ZAKAT untuk EMAS dan PERAK.

INFO ZAKAT untuk EMAS DAN PERAK

Zakat Emas
 
Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
 
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
 
At- Taubah; ayat 34-35
 
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
 
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150
 
2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
 
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
 
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
                                         = 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
                                         = RM 192.9
 
 Sila rujuk Link : http://zakat.com.my/zakat-emas
 
 
 
Zakat PERAK
 
Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
Jongkong perak
Matawang perak
Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
Barang perhiasan/barang kemas perak
Nisab dan kadar zakat perak
 
Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.
 
Dalil zakat perak
 
Sabda Rasulullah SAW
Maksudnya:
"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)". (Riwayat Muslim)
Maksudnya:
 
"Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari )
 
 
Contoh pengiraan zakat perak
 
Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%
Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)
 
Kadar zakat = 2.5%
* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62
Zakat =  1,000 gm x 0.62 x2.5%
          =  15.50
 
Sila rujuk Link : http://zakat.com.my/zakat-perak


WANG SUNNAH = EMAS + PERAK. RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR. Menyandarkan setiap RM/sen kita kepada simpanan EMAS/PERAK dan mempergunakan kemudahan PLATFORM sediada di seluruh Malaysia bagi memaksimumkan PROFIT/ASSET yang kita Miliki TANPA MEMBEBANKAN kehidupan seharian dan MENGHINDARKAN diri daripada RIBA'.

Pengasas Wang Sunnah;
            016-6160951       Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
            016-6160952       Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com
Website: http://rahsiawangsunnah.blogspot.com 

No comments:

Post a Comment