Friday 23 September 2011

Siapa dia PUBLIC GOLD?

Assalamualaikum.... Semoga rahmat Allah sentiasa bersama anda semua. InsyaAllah.... Ok, post kali ni, kami nak perkenalkan sape dia PUBLIC GOLD. Ramai gak yang kami jumpak aka TT bertanya "Public Gold ni company mana? Company oversea ke? Sapa 'Tuan' dia? Ok ke company dia? Buat pelaburan mcm skim cepat kaya ke? dan macam-macam lagi la. Dibawah ni kami cuba rungkaikan semua persoalan tu ek...

Public Fine Gold International Sdn. Bhd (Public Gold) merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menjual emas pelaburan pada harga pasaran antarabangsa. Syarikat ini yang berpangkalan di Bukit Jambul, Pulau Pinang mempunyai falsafah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan yang terunggul dan selamat.

Ini membolehkan masyarakat Malaysia membeli dan menjual emas fizikal pada harga yang kompetitif. Perbezaan di antara harga belian yang rendah sekitar 5-10% (mengikut jenis produk) adalah sangat menarik jika dibandingkan dengan kedai emas (sekitar 13% - 25%).



 

Produk yang dijual.
Public Gold menawarkan 2 bentuk emas pelaburan yang terbaik iaitu:

1. Syiling emas 999.9/24K (50g)
2. Jongkong emas/gold bar 999.9/24K (10g, 20g, 50g, 100g, 250g & 500g)
3. Dinar emas 916/22K (1 dinar, 5 dinar & 10 dinar)
4. Jongkong perak 999(1kg)
5. Aksesori 916/22K


Sijil ketulenan emas.
Setiap pembelian emas atau perak akan disertakan dengan sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh "Assayer" yang diiktiraf. Ini bagi menjamin kualiti emas yang dibeli.

Harge emas/perak Public Gold?
Public Gold menjual emas/perak mereka mengikut harga pasaran semasa emas antarabangsa, harganya sentiasa berubah setiap 20 minit.

Pengiktirafan.
Public Gold mendapat perakuan daripada Malaysia Book of Record sebagai sebuah syarikat yang pertama di Malaysia yang menyediakan sijil pengeluaran jongkong emas 999.9 yang asli. Public Gold turut menawarkan pusat penyimpanan emas sebagai langkah keselamatan dan lebih penting harga emas yang ditawarkan mengikut harga pasaran emas yang sebenar.
Untuk kemudahan Public Gold sebagai salah satu urusniaga emas, syarikat ini turut mendapat surat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia dan Pusat Kewangan Singapura untuk memberi kebenaran kepada Public Gold menjalankan urusniaga penjualan jongkong dan syiling emas dimana kedua-duanya mempunyai pasaran yang tersendiri iaitu Public Gold dan Public Dinar.

Untuk melihat sendiri milestone syarikat Public Gold ini, sila klik link di bawah:
http://www.publicgold.com.my/content/view/408/103/lang,malay/


Jadi, kami berharap segala persoalan kini telah terungkai. InsyaAllah... Pada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang KHASIAT EMAS nih, bole la berhubung dengan pihak Wang Sunnah. Dan ingat selalu, CONSULTATION IS ALWAYS FREE OF CHARGE! Wassalam....

No comments:

Post a Comment