Monday 9 January 2012

Kenali Modus Operandi Skim EMAS!


Assalamualaikum dan Salam Emas buat Semua!!!

Nota kalini berkisar tentang Modus Operandi SKIM EMAS. Ramai yang terjebak dengan SKIM EMAS ni sebenarnya… sebab tawaran yang diTAWARKAN agak LUMAYAN… J Ramai jugak yang customer kami yang bertanya pasal SKIM EMAS ni…

Jadi, untuk memudahkan anda dimasa akan datang… disini sedikit TIPS dan RUJUKAN untuk anda sendiri…. J

TIPS PERTAMA : GANJARAN BULANAN
·         Ganjaran Bulanan serendah 1.5% ke 10% dari nilai share EMAS setiap bulan. Bak kata Azizi Ali dalam bukunya MENCARI MAUT…. “Ganjaran yang diberikan itu hanyalah semata-mata UMPAN kepada mangsa-mangsa mereka. Jika seorang telah dibayar secara bulanan, maka beliau akan spread news secara percuma melalui mulut kepada kawan-kawannya tentang skim Ponzi ini. Dan beginilah mereka berkembang “
·         Ada juga syarikat SKIM EMAS yang MARK –UP harga emas lebih tinggi dari harga semasa FGJAM. Dengan makna lain… SKIM EMAS tersebut membayar dividen yang anda dapat bulanan itu dengan duit anda sendiri!! Tak percaya…. ? ni contoh calculation situasi tersebut…. 

Contoh situasi A:
Harga emas semasa FGJAM pada 12 August 2011.


Satu skim emas menjual emas 999 pada harga RM212 segram pada 12 August 2011.
Rujuk www.fgjam.org.my. Harga emas 999 pada ketika itu adalah RM201/gram.

Jom buat sedikit analisa….
  • Harga ditawarkan Skim Emas = RM212 segram
  • gold bar 50 gram = RM10,600
  • gold bar 100 gram = RM21,200
Cuba anda bandingkan dengan harga emas Public Gold, 100 gram pada hari ini 13 August 2011 (Sabtu) adalah:





Harga pada 13 August 2011                          

Untuk 100g gold bar 999
Harga Skim Emas  = RM21,200
Harga Public Gold = RM 18,310
Beza Harga            = RM 2,890

Bahagikan 6 bulan = RM 482 Sebulan

Jika kontrak anda dengan SKIM EMAS dapat 1.5% per month = RM318 (mmmm anda RUGI x?)

Cuba kita fikir secara LOGIC akal… kenapa BANK-BANK ternama di Malaysia ni tidak menyediakan sebarang SKIM yang MENGUNTUNGkan pihak mereka? MAYBANK… Bank yang besar pun tidak pula memberi duit bulanan walaupun anda membeli 1kg emas!  Kannnnn?????


TIPS KEDUA : TIADA SIJIL KETULENAN EMAS 
CONTOH : Sijil Ketulenan Emas Public Gold certified by Assayer bertauliah

  • Setiap ketulan emas 999.9 yang sebenar MESTI mempunyai SIJIL Ketulenan masing-masing. Ditandatangi oleh Assayer yang mengesahkan berat emas, ketulenan emas, width & length emas serta siapa Assayer (Pengesah Emas) tersebut. Bahasa ringkasnya… SURAT BERANAK emas tu la….  J
  • Kalau TIADA SIJIL KETULENAN… berkemungkinan anda BELI emas gold bar 999.9 tapi hakikatnya emas itu hanya berketulenan 850 atau 795 dah sebagainya.
TIPS KETIGA : MELIBATKAN KONTRAK
Kaedah pembelian EMAS sepatutnya MUDAH.. Locked HARGA yg anda setuju, bayar nilai yang dipersetujui dan dapat EMAS yang anda persetujui… (jgn lupa surat beranak mesti ada!).
Tapi kalau dah terlibat dengan kontrak… bukan la beli emas fizikal namanya… antara ciri2 kontrak:
  • Kes SKIM EMAS ada kontrak atau syarat yang mesti dipatuhi. Di antara janji-janji manis yang mereka tawarkan adalah seperti berikut, EMAS PELABURAN LOW RISK & JIKA RUGI ANDA DPT BALIK 90% dari modal anda!
  • Kebanyakan SKIM emas ini dengan tanpa persetujuan sebenar pelanggan mereka, terus meletak emas tadi di untuk tujuan dipajak. Setelah sekian-sekian waktu (ikut kontrak) baru dapat balik emas. (Duit pajakan AGENT SKIM akan ambil, sijil atau resit anda pegang atau vice versa. Check balik resit pajak gadai tadi, kalau bukan nama anda di resit PAJAKAN… anda TIDAK BOLEH ambil emas itu di institusi pajak gadai, sebab bukan nama anda di resit (owner emas). Kalaupun nama anda di RESIT pajakan… MAMPUkah anda menebus EMAS tersebut??
  • Satu lagi syarat kontrak yang mesti dipatuhi adalah anda hanya boleh jual balik emas tersebut selepas 6 bulan mengikut harga yang anda beli!
TIPS KE EMPAT: JAMINAN 90% WANG ANDA DIKEMBALIKAN!!
  • Jaminan 90% duit dikembalikan kalau ada kerugian atau apa-apa terjadi. Hurm… kalaula syarikat tu dah di COP sebagai PENIPU oleh pihak BANK NEGARA… for sure la mereka2 itu kan ditahan POLIS? So.. apekah nasib PELABURAN anda???
  • TETAPI, katalah ANDA dapat semula 90% daripada jumlah pelaburan anda. Pelaburan anda katalah RM10,000,  anda dapat pulangan wang hanya 90% iaitu RM9,000. Dah rugi RM1,000..
  • Nak tebus balik emas di tempat pajak gadai, memang melibatkan upah simpan.. Kalau 100 gram di Agrobank sebulan caj RM110.. Kalau dah dekat situ 10 bulan ANDA kena tambah lagi RM900. So, dah rugi RM2,000!!
  • TIADA SIJIL KETULENAN EMAS pulak! Tolak lg susut nilai sebab tiada sijil pengesahan ketulenan… Dah rugi lagi RM1,000. TOTAL RUGI dah jadik RM3,000!!
  • Even kalau ada sijil pun, anda tolak emas dekat kedai emas mereka akan beli 20-40% jauh lebih murah daripada nilai semasa. So bayangkan berapa besar kerugian anda tanggung..
  • Plus Emas anda tu TIDAK berketulenan 999.9.  Lagi HARU!!!!  (silap2 baki nilai emas tu tinggal RM3,000 jer!! FUSH!! RUGI giler!!!)

Nasihat Wang Sunnah kepada mereka yang mengalami symptom-simptom diatas… sila lah:

1. Check ketulenan emas anda
2. Hubungi Bank Negara & Syarikat Suruhanjaya Malaysia dan tanya tentang status company tersebut di email aduan@seccom.com.my & bnmtelelink@bnm.gov.my
3. Hubungi agent SKIM itu minta balik duit PELABURAN anda sebelum TERLAMBAT.
4. Adukan kepada Bank Negara serta nama dealer SKIM emas tersebut.

WANG SUNNAH = EMAS + PERAK. RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR. Menyandarkan setiap RM/sen kita kepada sinpanan EMAS/PERAK dan mempergunakan kemudahan PLATFORM sediada di seluruh Malaysia bagi memaksimumkan PROFIT /ASSET yang kita miliki TANPA MEMBEBANKAN kehidupan Seharian dan MENGHINDARKAN diri daripada RIBA’.
FIKIR-FIKIRKAN dan BERTINDAK lah SEKARANG!! Hubungi kami, Wang Sunnah untuk keterangan lanjut!

Pengasas Wang Sunnah;
016-6160951 Zailiya Yatim; BB pin:20E893A7
016-6160952 Marlishah Zubir; BB pin:20E8A3AB
Email: empayar_mz@yahoo.com

No comments:

Post a Comment